DI MANA MP HULU LANGAT?

D

Masa aku sampai di PPS Batu 10, aku terus tanya ketua kampung, apa yang mereka perlukan. Ketua kampung kata peralatan untuk mencuci rumah yang tak menggunakan kuasa elektrik.

Walaupun aku bukan MP yang bergaji, bukan mantan menteri yang ada parti, buat NGO yang punya pengikut, bukan juga jemaah yang ada walaun yang taksub, aku hadir sebagai rakyat Malaysia, orang Islam dan individu yang tiada kepentingan, untuk membantu mereka yang memerlukan.

Aku terus buat panggilan untuk mendapatkan bantuan rakan-rakan aku yang berjiwa insan. Mereka bukan sesiapa, bukan lahir dari rahim terpilih, bukan juga golongan kayangan, bukan orang LHDN, bukan orang NGO, bukan juga orang politik.

Seorang pakcik bagitahu aku, dia tak suka mereka dibuat sebagai objek untuk NGO-NGO dan parti-parti politik untuk mendapatkan mileage buat diri mereka dan logo yang mereka bawa. Mereka lebih senang dengan mereka yang tidak menjadikan mereka objek.

Di saat rakyat di tempatnya sedang berduka nestapa dilanda musibah. MP Hulu Langat ada atas gunung salju sedang bergumbira. Siap post dia medsos lagi. Khabarnya sudah didelete. Kenapa delete lebai? Takkan segan kot?

Just nak kasitau, aku Aliff. Anak orang miskin. Bukan MP. Tiada gaji. Datang kerana diri sendiri. Dengan duit sendiri. Inisiatif sendiri dan cara sendiri. Kenapa aku datang?

Sebab MP aku tengah main salji!

ps : Awek pegang bendera dengan YB tu siapa?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.