Dalam hidup gua, sound orang bukan perkara luar biasa. Gua tak pernah takut dengan sesiapa pun. Gua pernah bersilat di airport Adelaide lebih 3 kali, di airport London 2 kali, di Melbourne, Dubai, Abu Dhabi, Itali, Singapore dan di Qatar. Semua ini gua bertekak kalau bukan dengan kastam, imigresen atau pengawal keselamatan.
Kalau di luar negara pun gua sanggup bertekak untuk mempertahankan hak dan prinsip gua, ini pula di Malaysia negaraku. Gua percaya bila gua bertekak, gua akan menyelamatkan orang seterusnya. Biarlah gua dibenci dan mengambil risiko.
Hari ni, gua sound 1 pakcik sebab hisap rokok di kedai mamak. Gua memang takkan sound kalau asap dia hisap tu tak sampai kat gua, tapi pakcik ni memang over, dia hisap kat belakang gua. Bila gua sound, dia jawab,
“Dah kuatkuasa ke?”
Gua lantas menjawab,
“Lama dah bang. Abang pilih, stop hisap atau saya stopkan, saya buat laporan kat KKM..”
Dia terus padamkan dan buat muka ala-ala bajet cool. Mungkin dia ni dulu budak-budak nerd yang nak nampak cool dengan hisap rokok kot.
Pakcik itu bersama isterinya. Gua memang tak pedulilah siapa dengan dia pun. Masa diorang nak blah, isteri pakcik tu tinggal nota kat meja gua. Dalam hati gua, kalau dia maki gua, memang gua panggil balik makcik tu.
Sekali dia tulis,
“Dik, terima kasih awak cakap dengan dia..”
Sejuk hati gua hari ini. Gua sebenarnya nak balas nota tu. Gua nak tulis,
“Sama-sama kak, akak isteri yang baik, saya faham akak dah lama suruh dia convert pakai Dethstix tapi dia degil, tahniah akak boleh sabar dengan laki macam tu. Semoga syurga buat akak. Kalau akak nak beli Dethstix, boleh ke Ifmal.com.”