Dulu gua pernah bertikam lidah dengan “penyembah” Syed Naquid al-Attas. Kenapa gua panggil dia penyembah? Kerana puak ini akan menukilkan perkataan al-Attas melampaui kalam Allah, rasul dan para aimmah ahlussunnah. Seolah-olah al-Attas lah khalifah ulama’ kurun ini.

Puak ini biasa akan cuba sedaya upaya mengangkat al-Attas setinggi boleh, menggunakan terma-terma canggih filsafat untuk nampak hebat dan jargon. Lagi orang tak faham, lagi dia suka. Supaya puak dia sahaja yang faham.

Suatu hari gua bertanya, kalau al-Attas seorang ulama’ yang hebat dan penuh taqwa. Di masjid manakah dia solat Jumaat dan dia solat berjemaah? Kerana gua teringin hendak berjumpa ulama’ hebat ini. Pastilah seorang ulama’ besar menjadikan masjid tempat yang paling dia cintai sebagaimana Nabi, para sahabat dan para ulama’ muktabar.

Seusai soalan ini ditanya, “penyembah” terus berubah air mukanya. Dia seolah-olah hilang arah, hilang percaturan kata untuk menjawab soalan dan permintaan ringkas gua.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.