Ijtima’ Tongi dan Peace TV- Perhimpunan Umat Islam Terbesar selepas Haji.

I

Ijtima’ Tongi dan Peace TV- Perhimpunan Umat Islam Terbesar selepas Haji.

Bangladesh merupakan negara yang agak sulit untuk mendapatkan visa. Tetapi untuk ke ijtima’ Tongi visanya pasti diluluskan. Menurut sahabat kami, seorang warga Bangladesh, ijtima’ Tongi merupakan sumber pendapatan untuk hidup mereka setahun. Kerajaan mereka juga turut sedar dengan ijtima’ ini dan memberi sokongan penuh.

Manakan tidak, tahun 2010 sahaja, perhimpunan tersebut telah dihadiri lebih 4 juta manusia dari lebih 150 negara. Sahabat kami ini diberi tanggungjawab supply daging kepada 10 ribu orang sahaja untuk 3 hari tersebut pun berasa sangat bersyukur dengan kehadiran program tersebut. Adiknya pula menjual kopi dan teh di pinggir tempat ijtima’ pun berjaya menjual lebih 2000 cawan teh dan kopi sehari.

Jadi, jika terma medical tourisme dan entertainment tourisme diangkat naik semenjak dua menjak ini. Gua rasa sebagai negara Islam yang hadhari, kita juga perlu meligan peluang-peluang seperti ini, mungkin terma dakwah tourisme boleh dicadangkan.

Selain itu, empayar Peace TV milik Dr. Zakir Naik juga bukan calang-calang. Setiap progam-program mereka dipenuhi lebih 100 ribu peserta dari dalam dan luar India, ditonton jutaan orang melalui tv setelit. Empayar besar ini telah diruntuhkan oleh ekstrimis Hindu di India menyebabkan Dr. Zakir Naik lari ke Malaysia. Beliau bercadang untuk mendirikan kembali empayarnya di Malaysia. Ini juga sebuah peluang buat Malaysia untuk menjayakan dakwah tourisme.

Tolonglah sampaikan kepada pak menteri dan mereka yang sepatutnya tentang cadangan dakwah tourisme ini. Uhuk!

Akhukum fillah abadan abada.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.