DILEMA MANGSA SEXUAL PREDATOR TERKENAL BERJUBAH DAN BERKOPIAH

D

Mangsa A :
“Tuan X, saya diganggu oleh Ustaz F, dia ajak saya VC dia buat aksi lucah, dia capmelan depan saya.”

Tuan X :
“Ada bukti ke? Jangan buat cerita, Ustaz F ni level Wali Kutub tau!”

Mangsa A :
“Baik, nanti dia buat lagi, saya rekod!”

Selepas dah rekod dan tunjuk.

Tuan X,
“Ya Allah, kenapa awak tak boleh end call ke? Awak happy? Awak join sekali? Tak percayalah saya. Awak buat deepfake kan?”

—-

Mangsa B :
“Tuan Y, saya diganggu oleh Ustaz F. Dia mesej-mesej lucah dan hantar gambar lucah.”

Tuan Y,
“Mana bukti? Nak tengok. Kalau takda bukti, macam mana.”

Mangsa B,
“Saya delete sebab saya geli. Takpa, nanti dia kacau lagi saya tunjuk.”

Selepas bukti dah ada.

Tuan Y,
“Ya Allah jijiknya, dah kenapa awak tak block dia? Awak memang nak aibkan dia ke?”

——

Mangsa C,
“Tuan Z, saya nak buat laporan terhadap gangguan seksual yang dibuat oleh Ustaz F. Ini semua bukti dia.”

Tuan,
“Buat laporan polis. Lawan di mahkamah.”

Mangsa C,
“Baik!”

Tuan Z,
“Awak ni dah tua pun dia nak, betul ke? Ke awak suka sama suka?”

—-

Tuan X, Y, dan Z itu adalah taasuber. Mereka inilah yang buat mangsa-mangsa down dan tak percaya ada ruang keadilan buat mereka. Apa mangsa patut buat? Fikir-fikirkan..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.