DIORANG KALAH LAGI..

D

Hari ini mahkamah rayuan memutuskan menolak rayuan Asiah Jalil dan Aminahtul melalui peguamnya Hafidzah Hassan terhadap permohonan injunction yang ditolak mahkamah tinggi sebelum ini dengan kos sebanyak RM10,000.

Alhamdulillah..

Sebelum ini permohonan mereka juga ditolak oleh mahkamah tinggi dengan kos RM8,000. Itu pun tak bayar lagi. Dengan kekalahan di mahkamah rayuan menjadikan mereka perlu bayar kepada pihak aku sebanyak RM18,000.

Untuk pengetahuan korang sekali lagi, Asiah Jalil yang mewakili OKT Siti Bainun telah memulakan provokasi terhadap team #JusticeForBella terutama terhadap aku dan Kak Mona. Maka tercetuslah “dog fight” diantara pihak kami dan mereka.

Tetapi, walaupun dia yang menyerang kami dulu, dia yang menggelarkan kami macam-macam, dia pula yang menyaman aku dulu. Selepas dia saman aku, dia juga yang memohon injunction untuk mendiamkan aku walhal aku tak cerita pun pasal dia.

Selepas kalah permohohan pertama, dia buat rayuan. Pun kalah. Mungkin dia akan ke federal court juga sebab diorang kan peguam. Cost mereka hanya masa dengan pengetahuan mereka sahaja.

Apa yang menarik tentang keputusan ini adalah blood brother kami, peguam Mahmud Jumaat memberitahu kami dengan bersahaja saja.

“Bro, kita menang. Diorang kalah lagi. Mahkamah rayuan tolak permohonan diorang dengan cost RM10,000. Payung aku nikah dengan bini muda nanti tau..”

Simple!
Sempena dengan kemenangan awal ini. Aku nak belanja korang warga kota RM10 seorang.

“ KAMItakTB “

Korang guna coupon ini di https://scrutauto.com/packages/.

Discount sebanyak RM10 servis premium di workshop kereta kami di SCRUT AUTO, Jalan Ampang. Untuk keterangan lanjut selamat menonton video di bawah..

ps : Bila nak bayar RM18,000??

😜

https://www.facebook.com/watch/?v=938842624230019

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.