DOA WANITA ITU MUSTAJAB!

D

Tadi aku mengadap mak aku. Mak aku tanyalah perkembangan aku. Apa aku nak buat. Aku kasitau mak aku, aku nak jadi PM. Mak aku gelak je.

Aku suruh dia doakan aku. Selama aku hidup, aku bergaduh, bertumbuk, dibuang 5 sekolah, survive di luar negara, dan akhirnya aku di sini sebab aku percaya mak aku sentiasa doakan aku.

Sebab mak selalu cakap,

“Aku takda apa-apa, aku ni miskin, takda pelajaran. Tapi aku sentiasa doakan kau barjaya..”

Pernah sekali, sebelum aku keluar bertumbuk, mak aku tanya mana nak pergi. Aku jawab, nak pergi belasah orang. Mak aku cakap,

“Make sure kau menang, kalau balik cacat aku taknak bela kau..”

Aku balas mudah,

“Selagi mama doakan Alep, Alep takkan kalah, jangan risau.”

Walapun aku kena tidur lokap. Tapi benar, aku tak kalah. Dan aku tak pernah kalah sampai hari ini. Jadi, aku harap mak aku doakanlah aku jadi PM.

Aku risau bila mak aku takda nanti. Siapa nak doakan aku? Kata tok guru tariqat aku dulu,

“Doa isteri kepada suami juga mustajab. Tapi doa ibu lebih mustajab.”

Hari ini aku terfikir, kalau mak aku takda nanti, aku kena ada ramai isterilah. Supaya aku ada 4 orang yang akan mendoakan aku nanti! Mudah-mudahan boleh ganti doa mak aku nanti..

Kah kah kah!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.