MACAM MANA NAK BERANI MACAM KAU?

M

Kah kah kah! Pening aku dengan soalan macam ni..

Ramai pula pm tanya aku, macam mana aku berani sound vc masa pitching. Kah kah kah. Untuk pengetahuan korang, aku juga pernah suruh vc yang datang ke office aku balik je. So korang tak payah pelik sangat.

Aku taktau apa sebab aku slumber je sound diorang. Lepas aku fikir-fikir balik. Aku list down beberapa kemungkinan sebab. Mungkin korang boleh train ke arah situ.

1. Memang itu karaktor aku. Dari kecil sampai sekarang ini. Aku tak suka dibuli, rasa dibuli, lihat orang dibuli. Maka, aura laga hitam dan niat membunuh akan muncul.

2. Aku beriman kepada tuhan yang memberi rezeki, ar-Razak. Bukan manusia, bukan makhluk, bukan asbab. Bukan sesiapa pun mahupun apa-apa. Kalau dah rezeki kau, kau akan dapat. Kau kena berusaha keras sebab itu arahan tuhan.

3. Aku yakin dengan pengetahuan, ilmu dan kajian aku. Jangan cabar authority keilmuan ahlinya. Produk aku, aku ahlinya.

4. Aku bangga dengan produk aku. Hasil titik peluh aku, hasil keringat perjuangan aku. Semua itu macam baby aku. Berani kau kutuk baby aku?

5. Aku datang pitching untuk tunjuk kepada mereka capabilities kami, produk kami, knowledge kami, bukan nak mengemis. If they bite, because of our qualities. If they don’t bite, f*ckoff. We are still the same. Move on!

6. Secara mudah, kami tak harap kepada makhluk. Pengharapan kami hanya pada tuhan Rabbul Jalil.

7. Mazhab kami adalah mazhab profit based. Kami memang berniaga. Buat untung. Ada business dan ada income. Investor masuk adalah bonus untuk membesarkan, melajukan atau memudahkan kami grow. Itu saja.

8. Kami takda mentaliti “cashout as exit way”. Tapi kami “cashout with pride for prosperity”.

9. Aku ada sahabat-sahabat aku dan team yang sentiasa support dan bersama-sama dengan prinsip aku. Mereka power, aku jadi makin power!

10. Maruah aku dan team aku jauh lagi mahal dari wang yang kau ada. Kami tak lapar duit diorang!

11. I am the boss! Always the boss!

—-

Itu jelah. Tapi pada aku, setiap orang ada cara masing-masing. Kau tak perlu ikut cara aku pun untuk tidak menjadi penjilat. Setiap manusia unik!

Korang semua unik! Korang semua boss! Korang semua power!

Jangan biar segala bangsat kapitalis atau ejen kapitalis merendah-rendahkan maruah dan akal korang!

Lawan!

Aliff Ahmad III
Co-Founder SCRUT
www.scrut.my

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.