BUDAK STARTUP BUKAN BANGSA PENJILAT! SLURRP…

B

Aku juga seorang pendiri startup. Aku juga seorang yang sangat supportive memberi sokongan kepada anak-anak muda untuk membangunkan startup. Bezanya, mazhab aku adalah mazhab profit based. Bukan valuation based. Mazhab aku bukan mazhab penjilat, mazhab aku mazhab bermaruah.

Selain IT firm dan software house. Syarikat aku dan Nik Izwan Kamel juga buat service drone dan iot. Service drone kami lebih kepada engineering job seperti surveying dan mapping. Selain itu kami juga develope mapping drone sendiri sesuai untuk kegunaan cuaca di Malaysia.

Masa kami aktif buat servis drone. Syarikat drone no 1 negara pun masih buat drone videography je. CEO dia pun masih dalam insolvensi, bankrap. Company pun nama anak dengan bini je. Bezanya, kami takda abang yang dapat projek di Petronas, dia ada. Pernahlah dapat offer job yang besar, cuma malas nak bagi rasuah. Diorang minta.. Haromm!!! So, back off jela..

Kami telah membina mapping drone (fixed wing) pertama di Malaysia. Kajian tersebut juga kami telah publish dalam journal engineering. Rujuk sini. Click tau!

https://www.jesrjournal.com/…/26810…/60012018-jesr-01-05.pdf

Jadi korang tau betapa seriusnya kami membangunkan teknologi drone kami ini. Bukan sekadar sembang macam sesetengah orang yang boleh buat kereta terbang yang akhirnya dia sendiri delete gambar dia dengan model kereta terbang dia. Kami takda geran berjuta untuk ini semua. Kami pakai duit sendiri.

Nak tengok mapping drone pertama kami, Ptero? Tengok sini..

Ptero 150 R&D

Posted by Ifcon Technology on Saturday, April 29, 2017

Kami bangunkan teknologi drone kami dengan duit kami sendiri. Duit hasil buat servis kami bangunkan Ptero. Masa tu ingat kami boleh jadi kaya jual drone. Sampai keluar surat khabar. Kah kah kah! Rujuk sini :

https://www.bharian.com.my/…/2016/12/2…/dron-untuk-buat-duit

Lepas keluar surat khabar, kami diburu oleh macam-macam orang. Dari vc, scammer, media dan mereka yang ajak collaborate. Oh lupa, politikus juga!

Kami pernah cuba Superb sekali. Tapi yang menang anak Kamaruddin Maranon. Kamaruddin Maranon juga yang jadi judge ketika itu. Anak dia tunjuk bukti produk dia Air Asia nak pakai. Ada LO siap. Power kan? Bapa jadi hakim, anak bawa LO syarikat bapa. Anak dia menang. Steady! Aku pun taktau apa jadilah dengan startup zaman tu. Macam dah tak dengar dah nama diorang.

Magic invite masuk bootcamp diorang. Memang tak pergilah kami. Kalau kami pergi siapa nak run business kami. Siapa nak bagi staff-staff kami makan. Sebab itu aku f*ck bootcamp startup ni. Pada aku buang masa. Yang nak guide kita tu pun bukan ada startup berjaya pun. Akhirnya, Magic hanya melahirkan Mat Pitching, Mat Jilat dan “grantropronuer”.

Pitching ke-2 kami pergi adalah sejarah terbesar dalam hidup pegawai-pegawai vc pada hari itu. Kami dipanggil oleh Semicon untuk join pitching session diorang. Ketika itu kami dah mula jadi developer blockchain. Agak sibuk. Tapi sebab diorang beriya-iya sampai datang office kami. Kami pun setujulah untuk hadir.

Macam biasa, sesi pitching ni biasanya gang-gang vc ni tunjuk pandai dan grill semua startup-startup yang ada. Kesian aku tengok. Budak-budak ni cam bangang je kena terima kritikan vc-vc poyo lagi bebal pada hari itu. Bila sampai turn kami. Aku sebagai presenter paling slumber.

Aku susun semua aset-aset drone aku yang berharga beratus-ratus ribu dari eropah. Drone aku drone mapping, fixed wing. Aku tanya sorang-sorang vc-vc berapa harga drone dekat depan diorang untuk uji ilmu diorang tentang drone. Ok, semua fail. Semua bangang. Senang!

Aku present takda siapa tanya. Siap dapat tepukan gemuruh lepas aku tunjuk video developement Ptero 150 kat atas tu. Tiba-tiba ada sorang mamat vc ni pertikaikan fact aku, dia kata dia ada tengok drone boleh landing dalam accurary 1 meter. Since drone aku dalam 5 meter. Dia suruh aku buat “reality check”.

Aku dah menyirap. Product dan kerja aku, haram sama sekali mana-mana vc menghina atau mempertikaikannya. Aku lantas tanya. Drone jenis apa tu. Dia kata yang ada kipas 6. Terdengar jawapan tersebut, terus aku tinggikan suara. Aku tanya,

“Bro, lu belajar kos apa dulu kat uni..”

Dia terpinga-pinga jawab,

“Account..”

Terus aku tengking dia,

“Padanlah bodoh! Gua tengah cerita pasal fixed wing bangang. Mapping drone untuk large area mapping. Itulah kau, bodoh. Kerja nak pertikaikan orang je. Lain kali aku explain buka telinga, guna otak hadam. Bukan main phone..”

Dari muka dia putih kemerah-merahan sampai jadi putih pucat lesi. Dengan bibir-bibir sekali putih. Maklumlah, tekak aku bila sound orang memang padu. Mak aku cakap macam tekak jin.

Kawan dia cuba backup, pun aku sound tepek.

“Korang tu bukan owner fund pun. Entah-entah takda fund pun. Korang kerja makan gaji je. Dengan budak-budak startup cam ayam lain korang boleh perkotak katikkan. Dengan aku jangan bro.”

Sunyi sepi dewan selepas aku sound mangkuk 2 ekor tu. Puas! Ini pengajaran untuk diorang dan yang lain supaya hormat hasil kerja orang. Nak grill, grill la bab marketing idea ke, business networking ke. Product dan teknikal kau jangan usik unless kau ahli dalam bidang itu.

Selepas aku maki 2 ekor mangkuk tu. Ada seorang budak startup. Tak jumpa dah company dia sekarang ni. Wujud lagi ke tidak. Entahlah. Dia graduan dari uni di USA. Dia nasihatkan aku suruh jilat je vc asal dapat duit. Dia cerita dia dapat dana dari institusi mamat 2 ekor tu lepas jilat. Sampai bagi hadiah set kelahiran sebab salah seorang tu baru dapat baby. Dia ceria tujuan dia bagi hadiah adalah untuk menjilat.

Aku sound balik mamat jilat tu,

“Bro, kau nak menjilat, kau jilat. Itu pilihan kau. Aku manusia ada maruah dan ada tuhan. Tuhan aku maha pemberi rezeki. Bukan vc atau skill menjilat yang bagi aku rezeki. Aku takkan hina diri aku sebab nak dapat duit..”

Selepas kejadian itu, ramai pegawai-pegawai yang melihat datang memuji dan berterima kasih kepada aku. Even penganjur pun puji aku. Rupanya memang diorang meluat tengok vc-vc kapitalis ni buli budak-budak startup selama ini.

Jadi, jangan ingat aku tak pernah pitching. Aku pernah pitching. Aku juga pernah maki vc which korang yang kaki jilat tak berani buat dan berani bunyi dekat belakang yang mereka tu bangang. Aku pitching pakai round neck dengan seluar 3/4 je. Di akhir sesi pitching itu, aku kasitau.

“We need smart and intellectual vc, not an idiot and a**hole like you!”

Aku chow dengan senyuman puas. Hari ini, sekali lagi aku mengingatkan kawan-kawan dan adik-adik yang sedang atau mahu mendirikan startup. Berbanggalah dengan produk, idea dan hasil kerja korang. Jangan biarkan sesiapa pun mempertikaikan urusan tersebut.

Ingat, kita orang muda bangsa yang merdeka. Merdeka jiwa, merdeka akal, merdeka minda dan merdeka poket. Kita bukan pencacai, penjilat mahupun pengampu. Aku cerita pasal ini bukan aku suruh korang semua jadi macam aku. Tidak! Jangan! Korang bukan aku..

Tapi aku nak korang terus bekerja keras dan berprinsip, supaya kau jadi manusia yang diperlukan. Korang bacalah buku tulisan Henry Ford : International Jew. Henry ada sebut antara kelebihan bangsa Yahudi ini, dia menjadikan diri mereka sangat diperlukan, bukan disayangi!

Satu dunia sebut kejahatan Yahudi. Tahu kejahatan mereka, tak ramailah yang sayang mereka. Tapi.. Kita tetap terpaksa deal dengan mereka. Kerana apa, mereka sangat diperlukan. China juga sudah belajar, satu dunia tahu perangai China ini bagaimana, menindas bangsa Uyghur, tetapi kita terpaksa juga bermuamalah dengan mereka. Kerana apa? Mereka juga sangat diperlukan.

Maka, orang muda sekalian. Jadilah bangsa yang diperlukan. Bukan bangsa penjilat dan pengampu.

“Kita perlu hidup..” Bukanlah slogan bangsa merdeka.

Biar kehidupan ini yang memerlukan kita. Barulah kau steady sebagai orang muda yang akan mengubah dunia kelak! We are the fighter, we are the future!

#POM
#HeilB40
#HeilM40

Aliff Ahmad III
Co-Founder SCRUT
www.scrut.my

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.