DOCTORS ARE OUR ENVOYS ABROAD?

D

REALLY?

Sebenarnya sesiapa pun rakyat Malaysia adalah envoy (wakil) Malaysia jika ke luar negara bukan doktor sahaja.

Isu sebenar simple je. Diorang datang belajar ke sana dulu pakai duit siapa? Duit Tokwan dia atau duit kita? Kalau duit Tokwan dia, enjoy your life there.

Tapi kalau guna duit kita, duit rakyat Malaysia. Diorang secara langsung atau tidak langsung terhutang budi, bertanggungjawab dan ada amanah untuk pulang berbakti kepada nusa dan bangsa.

Faham? Takkan sesimple ni pun tak faham.

Takpa, aku bagi contoh.

Kita invest 6 tahun tanam pokok, disiram, dibaja dan dijaga. Lepas 6 tahun, pokok tu berbuah, orang lain kutip hasilnya. Kita cuma boleh claim, itu pokok kita.

Takkan nak bangga sekadar itu pokok kita? Tetapi buahnya di makan orang lain, dahannya meneduhkan orang lain, akarnya mengikat tanah orang lain.

Apa guna kita invest selama 6 tahun kalau hasilnya orang lain yang dapat manfaat? Dalam business, kita panggil investment rugi. Ada ke orang nak buat investment rugi? Cukup sekadar kita mengaku itu investment kita?

Itu dipanggil “bangang” menurut kata orang Melaka yang menetap di Crew.

Ohya, kalau yang elok dipanggil “envoy”? Kalau yang ditangkap mencabul?

Apa nak dipanggil ya?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.