(Nota : DPP = Deputy Public Prosecutor = Timbalan Pendakwa Raya, AGC = Attorney General’s Chambers = Jabatan Peguam Negara)
Alhamdulillah. Aku sangat bersyukur kerana DPP/Registrar mahkamah Fatinah Abu Bakar ini telah buat confession yang sangat jujur. Syukur kepada Allah yang telah membungkam kedok di sebalik kuasa yang mereka ada melalui seorang DPP/Registrar mahkamah yang amanah.
Untuk pengetahuan korang, AGC ini adalah badan yang dipertanggungjawabkab untuk mendakwa mereka yang dituduh melakukan kesalahan jenayah. AG (Attorney General = Peguam Negara) ialah orang yang paling berkuasa untuk mendakwa sesiapa sahaja di Malaysia ini.
Itu sebab kata peguam-peguam senior, apabila kau jadi AG. Bangun pagi, kau tengok cermin, kau akan nyanyi,
“I’ve got the power!”
Dia boleh dakwa orang di mahkamah, dia boleh tarik balik dakwaan.
Aku bagi contoh mudah dan paling dekat. Sedang dakwaan dibuat untuk kes banglo Lim Guan Eng, AG tukar. Terus DPP/AG tarik dakwaan tersebut. Maka mahkamah melepaskan dan membebaskan terus Lim Guan Eng dan terus dia jadi menteri kewangan Malaysia. Sampai terkejut SPRM dengar berita itu.
Begitu juga kes LTTE. Bertahun-tahun Datuk Ayob Khan dan pasukan dia menyiasat aktiviti pengganas ini. Sampai ke AGC, diorang reject je. Habis terus kes ini. Walhal seorang muslimah dijumpai ada buku JI pun ditangkap, anak arwah Nik Aziz, Nik Adli juga pun pernah di-ISA atas tuduhan terlibat dengan kumpulan pengganas.
Itu sebab juga ada peguam-peguam swasta ni ada yang tak minat main kes criminal (jenayah), hanya main kes sivil sahaja kerana kata mereka,
“Malas lah, kotor la criminal ni, kautim-kautim banyak.”
Aku tanya kenapa? Diorang jawab,
“Kau google je, DPP rasuah/sprm, hakim rasuah2/sprm. Nanti kau faham lah.. Itu yang tertangkap bro..”
Lepas aku google, jumpa macam-macam kes. Paling best, kawan-kawan yang ada kes jenayah, banyak yang sebut cara settle kes jenayah memang irregular,
“if you have brain, you’d know how it’s worked.”
Aku juga teringat kes CEO Craddle yang dibunuh di mana tertuduh dilepaskan dek kerana DPP salah letak tarikh kejadian. Sampai hakim kata dia terpaksa drop kes tersebut kerana kesalahan terlalu fatal. Aku taktaulah DPP buat rayuan ke tak kes tu. Begitu juga kes Baby Syifa, arwah Adib dan banyak lagi kalau nak disenaraikan.
Itulah sebabnya pasukan #JusticeForBella memberi tekanan kepada DPP yang menguruskan kes adik Bella ini untuk menukarkan DPP yang kami lihat lunyai, layu dan lemah. Kami taknak mereka main-main atau treat kes ini macam kes curi motor. Sehingga kami menawarkan untuk pihak kami membayar peguam swasta untuk menjadi DPP sebagaimana Shafie Abdullah, Sithambaran dan Gopal Sri Ram.
Kerana apa? Kerana kami telah melalui dan menjadi saksi bagaimana sistem keadilan kita bermula dan berjalan untuk kes adik Bella ini. Kami tahu ada hantu-hantu dan tangan-tangan ghaib yang ada di belakang kes ini. Banyak persoalan, ketirisan dan kelemahan yang kami lihat dan alami sendiri. DPP malas buat komital dekat cybertrooper OKT, termasuk peguam OKT.
Itu sebab korang tengok side belah sana berani-berani terus bawa keluar dokumen yang diedit, buat perkara subjudice walaupun dah prima facie. Kenapa? Sebab peguam-peguam belah sana dah tau yang DPP takkan buat. Dia tahu DPP malas. Itu sebab Kak Zurianty terus difitnah sampai ke hari ini. Hatta peguam belah sana sendiri pernah mengeluar kenyataan yang sangat subjudice tetapi tidak diambil tindakan.
Kalau side yang sokong Bella ini cakap sikit macam kami ni, laju je peguambela sana hantar surat. Buat komital. Aku antara yang kena. Bahkan aku disaman juga. Korang bayangkan diorang boleh happy dengan DPP lama. Apa sebab? Sebab ayam sangat! Kawan-kawan kami yang peguam masuk court tengok diorang beraksi pun sahkan DPP tak perform.
Teringat aku pasukan DPP seolah-olah tidak bersedia pada minggu pertama trial. Yang lebih menyakitkan hati. DPP yang agak bagus, namanya Zilfinaz kalau tak silap, seolah-olah dikawal oleh seorang lagi DPP senior. Memang nampak kelam kelibut. Mestilah pasukan pembela OKT happy tengok DPP cam ayam. Kami yang jadi penonton memang tak happy ler.
Lepas dah kena pelbagai tekanan, surat terbuka, memorandum, barulah ada perubahan sikit, peguam pemerhati TMJ pun masuk dan bagi pandangan. Itu pun DPP yang mengetuai telah ditukarkan, barulah ok sikit. Kami takut DPP kes ni jadi macam DPP kes Ceo Craddle, macam DPP kes banglo Lim Guan Eng, etc. Boleh nampaklah ada perubahan sedikit selepas tu. Cuba bayangkan kalau kami lepaskan saja?
Kena ingat tau, masa mula-mula AGC hanya nak dakwa pengabaian sahaja. Tapi mungkin disebabkan usaha kami yang tidak putus-putus memberikan fakta dan bukti sebenar telah membuka hati pihak AGC untuk menambah pendakwaan terhadap OKT iaitu menganiaya (mendera). Syukur!
Kalaulah AG sendiri pun tak percaya kepada DPP-DPP yang ada dan melantik peguam-peguam swasta untuk melakukn pendakwaan dalam kes-kes tertentu. Ini pula kami rakyat marhaen yang melihat dan ada kawan-kawan yang kerja di bidang tersebut menceritakan darkside story dalam industri mereka. Mestilah kami pun tak percaya DPP atau AGC 100%. Diorang pun manusia kan.
Dalam cerita DPP konon takda masa kerana banyak kes lain which aku dah bagi solution untuk resign je. Then let us appoint private lawyer. AG approve kasi jadi jela. Jimat kos dan resource. Tapi DPP yang bernama Fatinah ini sempat dan ada masa bermain Facebook di wall aku. Kalau kau ke wall dia, siap berniaga lagi. Ada declare income dekat LHDN tak?
Anyway, DPP ini juga admit yang AGC tidaklah bersih. Jadi dia tahulah dalam dalam AGC juga tetap ada korupsi. Kalau tak 100% bersih kan? Takda siapa kata DPP untuk kes adik Bella ni makan rasuah. Aku hanya ingatkan kerana banyak perkara ganjil dah berlaku sepanjang hari pertama aku terjebak dengan kes ini.
Cuma yang lebih menghairankan, dalam keadaan kononnya takda masa, sudah beberapa kali aku lihat DPP Fatinah Abu Bakar ini memberi komentar bajet maksum kerja sebagai DPP dan nak tunjuk pandai. Kan aku dah sebut, nak jadi peguam tak perlu straight A’s. Dia terpaksalah tunjuk pandai barangkali. Terpaksa trying hard.
Paling menjijikkan seorang pengamal undang-undang yang masih mengambil gaji daripada duit rakyat juga sanggup berkata lucah secara innuendo dengan menggunakan hujah telur. Kita semua faham maksud dia. Sebiji macam Zaki Omar al-Vietnami punya kata-kata. Adakah ini akhlak dan adab seorang muslimah kononnya dan alumni Kolej Islam Alam Shah (Kisas). Mungkin mereka 1 sekolah.
Lebih meyakin aku yang memang ada DPP yang ada mentaliti jahat seperti ini iaitu mereka yang suka mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengugut orang awam seperti aku dengan kenyataan,
“Harap hidup kau selamat.”
“Nanti taulah langit tinggi rendah..”
Ugutan-ugutan sebegini sedikit pun tidak menggugat perasaan aku. Bahkan aku makin yakin dan percaya yang memang ada DPP baik, ada DPP jahat. Tapi, yang boleh memberi aku manfaat adalah Allah, yang boleh memberi aku mudarat juga adalah Allah!
Inilah kenyataan yang mengugut rakyat marhaen seoalah-olah nak kasitau yang disebabkan diorang ini ada kuasa mendakwa, diorang boleh majal balik kita.
Dengan kenyataan dia tu, aku percaya yang rakyat marhaen memang wajib ada doubt terhadap DPP dan AGC. Mungkin kita patut ada usul untuk mereka,
“Asal DPP itu kerja tak seikhlas hati dan merasa dia besar, melainkan telah dibuktikan ianya sebaliknya.”
Ke macam mana? Nak orang respect? Respect is earned not given. Clear?
ps : Kalau awek hot nak melucah main telur-telur ni boleh tahan lagi. Level yang ini.. Haih.. Kemurungan..