Semalam, masa aku naik Rolls Royce sahabat aku ni, aku tanya dia pasal Dr. Nasoha. Sebab dia ni masih ada attachment dengan JT.
Aku tanya dia,
“Dr. Nasoha sihat lagi ke?”
Dia jawab,
“Ok je. Takda dengar cerita apa pun lagi.”
Begitulah.
Dr. Nasoha ini eldest dalam Jemaah Tabligh (JT). Dia merajuk dan mufaraqah dengan JT sebab tak setuju dengan syura di Nizamuddin.
Dia keluar dan buat usaha sendiri. Dia ada pengikut dia sendiri. Yang aku tau dia istiqamah dengan apa yang dia percayai.
Adalah benda-benda yang dia cakap selama ni yang aku rasa merepek dan aku tak setuju. Tapi, aku tetap hormat dia sebagai orang yang walk the talk.
Pagi ini, aku dikhabarkan dia sudah tiada lagi.
Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un.
Semoga Allah merahmatinya..
;(