MENGKHASIATKAN MI SEGERA

M

Balik dari kerja, malam-malam, perut tiba-tiba lapar, dalam rumah takda makanan apa dah. Kemas-kemas beg, terjumpa sepaket mi segera perisa kari dalam bag travel yang dah best before.

Apa adahal, masa aku student dulu, itulah kedai favourite aku masa di Adelaide, kedai best before. Itu jela yang mampu zaman tu, nak makan brand padu, tapi nak murah, itulah caranya. So, makan makanan yang dah best before bukan isu. Aku belajar dengan member foodtech, katanya best before tu ada 6 bulan sebelum expired.

Takpa, aku pecah 2 biji telur ayam kampung yang jiran sebelah bagi, untuk menambah khasiat mi segera aku. Tabur sikit bawang goreng. Ohya, cara aku masak mi segera lain sikit, aku rendam dengan air panas 5 minit then aku buang airnya. Then baru aku masak dengan perencah dan pecah telur. Itu petua mak aku, buang kotoran pada mi segera dulu.

Aku tuang susu tersedap di dunia yang aku langgan setiap bulan di Langgan.my untuk dapat harga lebih murah dan jimat, aku tabur sikit chia seed yang dah expired. Dulu beli chia seed untuk mak aku, sekali mak aku tak layan. Susu kena sejuk. Kalau tak sejuk, memang tak boleh minum.

Aku baca bismillah dan makan. Then minum. Errk, alhamdulillah..

Inilah gaya rakyat marhaen hidup. Korang yang level gaji 52, 54, Jusa, Turus, MP, senator, dan menteri, mana faham realiti hidup rakyat marhaen hari ini. Kan? Ke korang faham? Kalau faham, pm aku, nak pinjam duit sikit..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.