DR. NINIE VS ALIFF AHMAD – KORANG PILIH SIAPA?

D

Cuti summer lebih kurang 7-8 tahun lalu kot di Adelaide tiba-tiba aku mendapat sebuah panggilan daripada orang yang aku tak kenali.

“Saya Ninie, saya dapat no telefon Aliff daripada XYZ. Boleh minta tolong tak?”

Itulah salam perkenalan kami. Kak Ninie datang ke Adelaide untuk latihan aviation doctor. Memang biasalah kalau orang Malaysia datang Adelaide, kawan atas kawan akan kenalkan kepada aku. Aku pun tak ingat kawan mana pass no aku kat dia.

Memang menjadi lumrah aku akan tolong mana-mana orang Malaysia yang datang ke Adelaide. Since Kak Ninie memang datang training, dia tak sempat berjalan-jalan di Adelaide. Jadi, kerja aku adalah bawa dia dan kawan-kawan dia jalan-jalan Adelaide sebelum pulang ke Malaysia. Yang bestnya, esoknya diorang flight balik.

Macam biasa, aku bawa diorang makan daging kangaroo, shopping di Harbour Town, dan melepak makan eskrim Mat Kool di Glenelg. Eh, tidak. Makan Copenhagen! Di Adelaide, takda Mat Kool. Yang ada Taib Mahmud. Summer siang panjang, so aku bawa diorang jalan sampai matahari turun dan hantar diorang balik ke kem mereka belah Elizabeth sana tu.

Dr. Ninie borong Royal Doulton dan Royal Albert kaw-kaw. Nasiblah aku pakai wagon. Dia tinggalkan dekat aku untuk aku ship balik ke Malaysia. Dia bagi no mak dia. Sebab tu sampai hari ni ada no phone mak dia dengan aku. Masa tu aku tak boleh berbakti di Malaysia, so aku berbaktilah untuk orang Malaysia yang datang ke Adelaide.

Masa aku balik bercuti. Aku pernah contact dia. Jumpa kat Penang. Dia bawa aku makan burger apa entah kat Penang tu. Lepas tu, kami tak berhubung dah. Sebab aku banyak travel lepas tu. Duk Abu Dhabi, duk UK, merata aku dihantar kerja. Tiba-tiba aku perasan Dr. Ninie jadi popular sebab lawan psuedoscience dan produk timbang kilo.

Masa Mahmud ambil kes Dr. Sakinah, aku kasitau Mahmud, Dr. Ninie tu aku kenal. Mahmud kata, dia ni cam kau siot. Hati kering. Lepas tu kami kadang-kadang whatsapp takda cerita apa pun. Sampailah hari ni dia ajak aku minum. So, aku ajaklah minum dekat Coffee & Koala dekat IFMAL Melawati. Makan kami order dekat Saka Cafe sebelah tu.

Cerita kami masing-masing pasal LOD yang kami terima. Pasal perjuangan kami nak memandaikan masyarakat. Pasal politik sikit. Aku kasitau pandangan aku pasal aku concern orang yang ada autoriti atau ahli dalam bidangnya dihalang untuk mengkritik golongan atau individu tertentu yang cuba menyesatkan masyarakat dengan ugutan saman. Maka rosaklah masyarakat. Sebagai contoh,

1. Ulama’ tidak boleh kata si sesat itu sesat. Penunggang itu penunggang.
2. Doktor pakar tidak boleh kecam ahli psuedoscience dan anti-science moden.
3. Jurutera profesional tidak boleh kritik kontraktor penipu.

Maka, bagaimana mungkin amar maaruf nahi mungkar dapat dilaksanakan. Tegur, kritik, dan kecam, then sampai LOD. Kemudian disaman. Mungkin lama kelamaan takda orang akan mengambil tanggungjawab tersebut.

Aku terfikir. Kalaulah ulama’ kurun awal hidup di zaman ini. Pasti merekalah bangsa yang akan sentiasa disaman. Manakan tidak. Kalam-kalam mereka mengkritik, mengecam dan memboikot individu yang cuba merosakkan agama bukan biasa-biasa. Sebagai contoh :

1. Dia tu pendusta!
2. Dia tu dajjal daripada dajjal-dajjal!
3. Dia ahli bidaah!
4. Dia syiah!
5. Dia pemalsu hadis!
6. Dia lemah!
7. Dia bodoh!
8. Dia lemah akal dan hafalan!

Kalam-kalam mereka ini direkodkan dan digunakan untuk penilaian integriti perawi hadis. Ianya dibaca dan disebut sehingga hari ini. Ilmu tersebut dipanggil al-jarh wa ta’dil.

Selain itu, para ulama’ juga biasa tahzir/hajar (menyuruh boikot) mereka-mereka yang sesat, ahli bidaah dan pengikut hawa nafsu. Perkataan mereka tajam dan memang pasti boleh kena samanlah under fitnah dan defamtion kalau hidup zaman ini! Sebagai contoh, aku suka kalam Imam Abul Jauza’ rahimahullah yang sangat popular ketika dia mentahzir sekumpulan ahli bidaah di zamannya. Kata Sang Imam,

“Lebih baik aku berjiran dengan kera dan babi daripada aku berjiran dengan pengikut hawa nafsu dan juga ahli bid’ah.”

Aku percaya setiap pakar dalam bidang masing-masing yang mengecam, mengkritik dan menegur segala kemungkaran adalah semata-semata kerana kemaslahatan sejagat dan kerana ilmu. Bukan kerana personal vendetta. Cuma, aku tak faham orang suka maki suami lebai dalam Facebook pula kerana apa?

Cuba korang teka, antara aku dengan Dr. Ninie, siapa lagi banyak dapat LOD?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.