Aku cuba memahami kedua-dua kenyataan daripada kedua-dua belah pihak. Sebagai seorang concern citizen, aku cuba memberi komentar adil tentang keputusan hakim mahkamah rayuan semalam.
Menurut pihak peguam plaintif, kenyataan Dr. Sakinah kekal defamatory dan ia kekal fitnah. Tapi, aku hairan kalau ia fitnah, kenapa hakim-hakim di mahkamah rayuan tersebut tidak mengarahkan Dr. Sakinah memohon maaf? Adakah hakim-hakim membenarkan orang memfitnah tanpa memohon maaf?
Jadi, aku kira ia bukan mengesahkan kenyataan sebagai suatu bentuk fitnah tetapi lebih kepada mengesahkan kenyataan menghina plaintif. Ya, Dr. Sakinah telah memanggil atau menggelar plaintif sebagai doula keji. Dan harga memanggil plaintif sebagai doula keji adalah sebanyak RM30,000. Ia ibarat hakim-hakim menyuruh Dr. Sakinah membayar sedikit ganti rugi kerana telah melukakan hati plaintif.
Aku cuba memberi analogi mudah. Pada suatu hari, Aminahtul ternampak seorang pengawas memeras ugut seorang pelajar tingkatan satu. Aminahtul telah menjerit,
“Hoi, pengawas keji!” Sebanyak 3 kali.
Pengawas tersebut menangis dan melaporkan kepada guru besar yang Aminahtul memanggil dia pengawas keji. Setelah guru besar mendengar argument kedua-dua belah pihak.
Maka guru besar berkata kepada Aminahtul,
“Awak dah sakitkan hati dia, awak belanjalah dia aiskrim Mat Kool sebatang.”
Aminahtul tanya guru besar,
“Saya kena minta maaf ke cikgu?”
Guru besar jawab,
“Tak payah, awak bercakap benar, dia memang pengawas keji.”
Aminahtul tanya lagi,
“Kenapa cikgu suruh saya belanja dia aiskrim Mat Kool?”
Guru besar jawab,
“Dah dia sudah ngadu dekat cikgu nangis-nangis tadi, nak diamkan dia nangis, cikgu suruhlah awak belanja dia sikit. Aiskrim Mat Kool je, bukan Godiva. Ok kan?”
Aminahtul angguk dan tersenyum gumbira. Dia rasa dia menang walaupun kena belanja pengawas itu sebatang aiskrim Mat Kool. Apalah sangat belanja aiskrim Mat Kool. Lainlah disuruh belanja Godiva. Kan?
Cuba korang bayangkan, hakim-hakim mahkamah rayuan itu hanya suruh bayar RM30,000 sahaja tanpa kos tau! Berbanding dengan RM200,000 ketika di mahkamah tinggi.
Kes 3 tahun lawan, 3 peguam dalam 1 team. Rasanya kos plaintif bayar 3 orang lawyer, lagi mahal daripada RM30,000 ni. Mahkamah rayuan kot, takkan murah kan? So, yang menang adalah peguam plaintif lah kan pada aku. Diorang dapat legal fee, masyuk. Plaintif dapat apa? RM30,000 sahaja? Kena topup pasti.
Let say lah peguam-peguam plaintif buat profit sharing, takkan RM30,000 bahagi 3 orang, bahagi lagi 3 tahun. Seorang dapat RM3,333 setahun? Tak berbaloi betul kan kalau buat profit sharing punya deal.
Agak unik keputusan hakim-hakim mahkamah rayuan kali ini. Tapi ia suatu kejayaan besar kepada pihak Dr. Sakinah. Sebagai rumusan, aku ulang balik fakta-fakta keputusan,
1. Dr. Sakinah terselamat daripada membayar RM200,000 kepada plaintif.
2. Dr. Sakinah tak perlu minta maaf.
3. Dr. Sakinah hanya kena bayar “token” atau “gula-gula” kepada plaintif sebanyak RM30,000 sahaja.
4. Dr. Sakinah seorang pejuang kesihatan dan perubatan. Setiap perjuangan mestilah ada harganya. Harga perjuangan mestilah dibayar. Takda perjuangan percuma.
Aku rasa hakim-hakim di mahkamah rayuan tersebut telah buat satu keputusan yang sangat bijak dan adil. Ia ibarat win-win situation. Ia menjaga kemaslahatan sejagat dan memberi sedikit ganti rugi kepada yang terguris. Wajarlah mereka dipanggil YANG ARIF! So, menang kalah atas perspektif masing-masing.
Begitulah pandangan aku tentang kes di mahkamah rayuan tersebut. Korang rasa siapa yang happy, siapa yang murung? Kemenangan dalam mahkamah ni sebenarnya siapa yang gembira ketika keluar mahkamah. Itulah kemenangan.
Korang rasa, siapa yang gembira? Siapa yang kemurungan?