Masa kecoh pasal kes drone berharga 2 juta tu, ramai gila orang tag aku. Aku malas nak komen sebab aku taktau siapa yang dapat. Selepas aku dah dapat tau, aku pula busy.
Semalam aku ada dapat berita gembira pasal drone aku. Nanti-nanti aku cerita. Baiklah, sebenarnya Matrice yang diorang beli tu harga pasaran dalam RM60k ke RM70k lah, full set, lebih kuranglah.
Mungkin jadi 2 juta tu sebab buat ground station kot. Pasal ada teknologi Ai apa kepala semua. Itu semua merepeklah. Korang jangan percayalah. Itu semua gebang pakai slide keynote je. Kencing politikus dengan gang Kapten boleh lah.
Anyway, syarikat yang dapat projek drone 2 juta ni, katanya syarikat yang dapat geran gomen RM20 juta untuk buat kereta terbang yang sampai hari ini tak keluar-keluar. Itu yang aku cakap, tipu Pakwan, politikus dan budak Kapten boleh lah.
Cuma aku tertanya-tanya, kenapa projek lebih RM500k tak dibuat open tender? Hairan bukan? Aku harap SPRM masuk siasatlah. Ada cash out ke, ada deal tepi ke. Ada rasuah dan salah guna kuasa ke. Kan?
Eh, lupa pula nak tanya, apa update hasil siasatan geran 20 juta hari tu oleh PAC? Takkan lepas camtu je? Kata kereta terbang siap dalam 6 bulan. Ni dah lebih 6 bulan oi!