EKONOMI AYAM – EKONOMI HALAL DAN HARAM!

E

Aku bukan eknomis, tapi aku seorang usahawan bersiri, bahasa kampung di Waga Waga dipanggil serial entrepreneur. Banyak industri aku dah venture. Dari retail, service, startup, supply, finance, investment dan banyak lagi.

Ketika zaman aku petik buah di Australia dulu, aku juga kerap masuk ke kelas ekonomi selepas kawan-kawan semua ramai dah pulang ke Malaysia. Masuk reading club, menyelit masuk kuliah ekonomi dan terjah conference ekonomi.

Sampailah level aku mentelaah sendiri Das Kapital secara serius dan menjadikan aku seorang komunis ekonomi di dalam jiwa. Tuhan itu maha kaya, dia uji aku dengan meletakkan diri aku sebagai usahawan supaya aku memahami jiwa kapitalis pula hari ini.

Tidak ketinggalan, industri ayam juga aku pernah nak venture. Teorinya mudah, hari-hari orang makan ayam. Takkan rugi, kan? Tetapi, hasil nasihat kawan-kawan yang ada dalam industri, mereka suruh aku hold dan kalau boleh jangan involve. Ada yang dah tersontot, rugi. Ada yang cukup-cukup makan je. Korang ingat Sham itik tu? Dia pun pernah buat program ternak ayam juga. Apa jadi entah. Rasanya melingkup juga tu.

Elok aku cerita yang ok punya level meniaga ayam ni macam mana. Biasanya, yang ok punya level ni, dia level ternak atau kilang sembelih. Tapi, biasanya yang dah ada kontrak untuk supply atau buat contract farming. Lagi 1 punya gang, dia ambik upah sembelih sahaja. Tauke bela punya level. Kilang, machine semua tauke kasi finance. Orang kita ambil upah sebelihan sahaja. Demi cop HALAL! Itu pun harga semua dah diset oleh tauke.

Selain itu, yang dapat AP import ayam daripada Thailand pun agak ok. Biasanya Melayu kita ni, dia jual je AP. Berapa sen per kilo entah. Main volume kan import-import ni. AP ayam potong paling power lah, tapi ayam bulat pun still ok. Benda game volume. So, korang sedar kan? Hakikatnya, semua ini dikawal oleh kartel tauke.

Yang meniaga retail jual ayam ni memang payah disebabkan supplier dah tolak dengan 1 harga. Alasan mereka, dah dapat harga dari ladang begitu. Tetapi sebenarnya industri ini dikawal oleh kartel yang mengawal industri ini. Yang jual ayam siap masak, apa choice? Kena naikkan hargalah. Kan?

Aku ada kawan yang mula-mula agak success menternak ayam, tapi akhirnya kini semput. Katanya, bila kartel ni tengok dia macam ok, diorang buang harga. Jadi pemborong tak beli lah ayam dia. Ayam ni kalau dah cukup umur, tak sembelih memang jadi beban sebab makan makin banyak. Kalau tak bagi makan, dia mati lagi rugi. Maka akhirnya terpaksa jual at loss. Lagipun yang supermarket yang besar-besar yang boleh beli banyak-banyak pun semua owned by bangsa kartel juga.

Kemudian, kartel ini menaikkan harga dedak, makanan ayam, ubat-ubat dan vitamin ayam. Kos makin tinggi, tapi ayam harga kawalan. Kartel terus jual murah. Akhirnya dia give up. Katanya,

“Memang tak boleh lawanlah dengan puak yang berniaga bukan untuk untung.”

Aku tanya kenapa tu?
Member jawab,
“Kartel tu semua gang cuci duit bro. Diorang bukan kisah untung rugi. Ayam tu siapa boleh audit dan kira betul-betul kat dalam ladang tu. Ladang diorang bukan kecil-kecil bro.”

“Diorang buat money laundering je bro. Itu sebab diorang willing untuk buang harga yang tak masuk akal. Diorang sampai boleh hold ayam lebih 50 hari tau. Diorang naikkan harga barang-barang industri sampai logik akal kata tak boleh dah..”

“Itu sebab aku duk buat meniaga lain dah ni. Ingat aku nak meniaga ayam spa macam tauke-tauke cuci duit tu..”

Bangsa yang cuci duit ni biasanya jual ayam yang pandai menari dan mengurut, buat spa, ahlong, dadah, mesin kuda, judi haram, ponzi scam, seludup dan perkara jenayah lain. Itu sebab diorang ini perlukan medium untuk me-legit-kan business diorang. Aku pernah tulis pasal cuci-cuci duit ni, korang boleh refer sini..
https://aliph.my/cuci-duit-adalah-financial-dan…/

Lagipun diorang tahu duit diorang terlalu banyak sehingga mampu kawal industri walaupun diorang takda AP import. Diorang pun buat juga kerja-kerja lobi atau sponsor politician juga. Diorang tak bodoh. Itu sebab Rafizi pun tak berani nak cuit. Dia bertanding di Pandan tu siapa yang sokong? Puak mana yang bagi dia menang? Agak-agak dia lawan Marang boleh menang?

Jadi solusinya adalah dengan kerajaan sendiri yang mengambilalih dan mengawal industri ini dari A sampai Z, dari supply makanan ayam, bela dan sembelih melalui Kazanah, PNB, TH, EPF dan lain-lain. Barulah harga ayam dapat dikawal. Jika tidak, sampai bila-bila pun sama je. Kau sembanglah keanjalan ke, teori supply demand bagai. Hakikatnya itu semua hanya sembang!

Nak lawan kartel cuci duit ini, perlu entiti yang ada duit banyak macam diorang juga selain kuasa daripada kerajaan. Kuasa saja tak cukup. Tengok AP holder sudah. At the end, tauke-tauke cuci duit juga yang control dari belakang macam puppet master. Itu sebab pandangan dan cadangan aku agar kerajaan yang kena takeover industri ini demi memastikan kelestarian food security kekal terkawal.

Tapi itulah, kalau kau jadi politikus yang dah termakan duit diorang, kau akan salahkan rakyat marhaen sambil bersembang pasal keanjalan supply dan demand. Itu yang ketua suku orang asli di Guatemala selalu sebut,

“A dog never bites the hand that feeds him.”

Siapa nak join aku meniaga ayam yang pandai menyanyi?
Aku dah bagi cadangan solusi ya! Bukan sembang je.

😜

ps : Industri makanan memang dikawal oleh gang cuci duit. Telur, daging, ayam, dan lain-lain.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.