Siapa tak kenal George Foreman memang korang budak usrah nerd yang duduk di dalam bulatan gembira sambil mendengar abang usrah menipu korang dengan cita-citanya nak syahid.
Anyway, Big George ini lagend. Seorang boxer yang mempunyai penumbuk yang paling berat di eranya. Dia knockout Joe Frazier di round ke-2 yang ketika itu juara dunia yang tidak terkalahkan.
Mentor dia Sonny Liston. Seorang boxer lagenda yang menggunakan gaya wild and hard punch. Sama seperti mentornya, Big George juga menggunakan gaya yang sama.
Setelah 3 tahun tragedi Rumble In The Jungle yang mana Big George ditumbangkan KO oleh The GOAT, Almarhum Muhammad Ali, itulah satu-satunya kekalahan TKO daripada 5 kekalahannya. Akhirnya dia bersara awal, seawal usia 28 tahun setelah kejuaraan dunianya dirampas kembali oleh Ali yang baru lepas daripada penggantungan.
Dia telah mengabdikan dirinya sebagai seorang pendakwah kristian untuk komunitinya hampir 10 tahun menggunakan segala harta dan wang yang dikumpul olehnya sebagai seorang peninju selama hampir 8 tahun.
Setelah 10 tahun bersara, wangnya telah habis digunakan untuk berkhidmat kepada komunitinya, dia tak minta sedekah. Dia tak buka NGO atau yayasan untuk mengutip derma. Tidak! Apa dia buat?
Dia sarung balik glove! Dia masuk gelanggang dia lawan balik. Segala duit kemenangannya sebahagian besar diberikan kepada kemunitinya. Berkat dedikasi, usaha dan bakatnya, dia kembali menjadi juara dunia pada usia 45 tahun. Menjadikan dia juara dunia tertua dalam sejarah boxing dunia!
Hebat bukan? Dia terus bertinju sehingga usianya 48 tahun untuk mengumpul dana buat komunitinya. Kau takkan pernah tengok dia menangis dan berdrama dia meminta sedekah.
Dalam satu temubual, dia ditanya, kenapa dia taknak kutip derma. Dia jawab mudah,
“Tuhan telah memberikan aku kudrat untuk bekerja, bukan untuk meminta sedekah.”
Setelah dia pencen, dia cuba berniaga demi kelangsungan komunitinya. Banyak business yang dia telah cuba venture tetapi gagal. Dia juga bnyak berlakon iklan.
Sehinggalah George Foreman Grills and Griddles dilahirkan. Jenamanya tersebut telah mendapat sambutan yang luar biasa. Mungkin itulah rezekinya setelah macam-macam percubaan dibuat.
Benarlah kata orang Arab,
“Siapa berusaha, dia akan dapat.”
Akhirnya, berkat usaha dan niat sucinya, perniagaannya berjaya. Syarikat Afrotech telah membeli right jenama tersebut dan membayarnya sebanyak USD4.5 juta sebulan dengan deal sebesar USD250 juta.
Hari ini, net worth Big George dianggarkan bernilai USD300 juta dengan majoriti pendapatannya disalurkan kepada kemunitinya.
Inilah kisah seorang pendakwah yang tidak mahu mengutip derma. Dia berusaha menjadi philantropist dengan kudrat dia sendiri.
Korang yang mengaku pejuang, konon mujahid nak bantu komuniti Islam korang macam mana? Buka NGO, buka yayasan, buka madrasah, pakai kopiah, pakai jubah kutip derma?!
Tak malu ke tunggang dan jual agama? Tak segan ke tunggang dan jual kesusahan orang lain untuk kesenangan hidup sendiri? Takda maruah ke asyik minta sedekah?
Nak jadi kaya? Usaha! Kerja! Buka business sampai berjaya! Bukan collect derma!
Nak bantu orang? Kerja! Buka business sampai jadi kaya! Bukan collect derma ambil gaji CEO listed company!