Ini hantaran tahun 2022 Ali Konspirasi dah sembang kencang dan masih menyibuk dalam hal ehwal Al-Khayr walhal syarat Al-Khaadem, Ali Konspirasi tak boleh sibuk-sibuk. Adakah ini salah satu “petanda” atau “bunga-bunga” perjanjian Al-Khaadem telah dikhianati?
Ahlul hadis mungkin lupa ayat-ayat Allah yang ini,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ
“Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.”
(Surah al-Maidah: 1)
Juga ayat yang ini,
وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ ۖ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولًا
“dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.”
(Surah al-Isra’: 34)
Selain itu, hadis juga ada mengajar manusia berpegang pada janji.
لاَ إِيمَانَ لِمَنْ لاَ أَمَانَةَ لَهُ وَلاَ دِينَ لِمَنْ لاَ عَهْدَ لَهُ
“Tiada iman (kurang iman) bagi yang tiada sifat amanah. Tiada agama (kurang agama) bagi yang tidak menepati janji.
Riwayat al-Baihaqi (4354)
Selain it daripada Abu Hurairah RA,
الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ
“Orang muslim itu berpegang pada janji mereka.”
Riwayat Abu Daud (3594)
Aku percaya jika Kamilin berpegang dengan janji, mustahil perjanjian dengan Al-Khaadem ditamatkan. Aku juga yakin, perlanggaran perjanjian ini bukan baru berlaku, baru sekali, tetapi dah banyak kali sehingga Al-Khaadem terpaksa menarik handbrake.
Jika benar Kamilin dizalimi, dikhianati, atau Al-Khaadem yang khianat, samanlah al-Khaadem. Paling tidak, share-lah kepada umum perjanjian tersebut biar kami menilai. Itu pun kalau Kamilin di atas kebenaran.
Drama play victim dan toxic positivity ini bukan baru dimainkan oleh kaum lebai dan penyembah lebai. Don Daniyal pernah buat, Ebit Lew pernah buat, hari ini Kamilin pun buat perkara yang sama. Come on Kamil, takkan ini level kau? Kalau betul Al-Khaadem yang khianat perjanjian, aku akan bersama-sama kau!
Anyway, pasal 10 ekar tanah, projek RM50 juta tu, aku tergelak je baca. Aku tahu itu semua sembang vavi tervang. Sembang tipu lebai macam Ustaz Fazri boleh lah. Tipu penyembah lebai boleh lah. Sembang kaya sikit je dah stim. Beriman terus.
Kalau orang macam aku, kami akan tanya,
1. Geran tanah atas nama siapa?
2. Dah tukar nama?
3. Nak copy perjanjian boleh?
4. Minta Ali dan Kamilin bagi proof of fund dan proof of income.
Ini cara orang Islam berminda skeptikal tabaiyun, barulah umat Islam tak boleh senang-senang ditipu dan ditunggang atas nama Quran, Sunnah, Ahlul hadis, Bin Hashem, Al-Mahdi dan lain-lain.
Betul tak?
So, nak bawa Al-Khayr ke Penang kenapa? Kata kaya..
Sembang parpu betul!