GRAB – HUJAH VALUATION YANG BIASA SCAMMER PAKAI..

G

Aku sebenarnya meluat gila bila orang guna hujah Grab untuk cover isu valuation startup atau tech company. Aku rasa jijik nak komen kerana terlalu insult intelligence hatta ditulis oleh CEO Tabung Haji zaman PH (ceoPH).

Tapi disebabkan ramai yang tag-tag aku konon hujah padu, aku sekali baca tau yang ceoPH tu cuba nak defend pasal isu valuation Rafizi tu. Hujah dia sampah sangat. Macam aku cakap. Nak tipu #TaikPolitik, #TaikPH, dan #TaikRafizi boleh lah. Mungkin dia harap dapat jawatan lagi kot kalau PH menang.

Nanti esok aku cari masa tulis direct pasal ceoPH tu. Biar SCRUT ANALytica aku jalan dulu, tengok apa dia jumpa. Nak tengok juga berapa banyak ghanimah yang dia kutip zaman PH. Anyway, aku bukan nak cerita pasal dia sini. Aku nak cerita pasal Grab.

Korang masih ingat tak dulu, dulu lagi. Masa artikel aku pasal Vivy dan Fashion Valet viral? Masa tu pun ramai para cendekiawan pasaran, investment banker, accountant, auditor, budak startup, semua pakai hujah yang sama. Grab!

Hari ini aku nak tanya, apa khabar Fashion Valet?
Apa khabar? Mana cerita valuation tu?
PNB dan Khazanah dalam tu dapat apa?

Itu sebab aku cukup meluat dengar cerita Grab ni digunakan untuk cover up isu sebenar. Isu sebenar bukan isu pasal method valuation, isunya adalah manipulasi valuation, sembang terbang, dan membodohkan orang.

Pointnya kenapa nak gebang cerita valuation? Cerita harta sebenar kau dah lah. Untuk apa nak sebut harta valuation kau? Nak tunjuk kau steady? Kau kaya? Nak tunjuk konon kau masuk politik sebab dah kaya. Aku ulang balik, kau tipu #Taik boleh lah.

Aku juga ada startup tech, aku bukan orang korporat yang hujung bulan makan gaji. Aku tak ambil apa-apa ghanimah di zaman BN, PH, dan PN even ada tawaran-tawaran yang sampai. Ya, aku sepatutnya menyokong budaya valution ni, tapi aku tak berapa gemar. Aku tahu lebih scam daripada benar.

Korang tengok LamSamHam dan DamHotDog di Wakanda, dia pun gebang pre-IPOH dia dengan valuation. Pun pakai contoh Grab juga. Aku nak tanya, bila pelabur-pelabur dia akan dapat balik duit dia? Untung pelaburan? Aku dengar sampai pelabur ambil lawyer saman dia.

Startup-startup sendu yang duk gebang valuation dia berpuluh juta, apa jadi dengan diorang? Jual share sana sini. Mereka yang invest tu dapat apa? Berapa ramai yang sontot? Ada yang sampai bergaduh-gaduh. Ni pula berlaku di planet Zargus.

Maslan Al-Aman pun dah sembang nak ke IPO. Mesti dia pun akan sembang valuation juga. So, dia pun akan cite ceoPh punya tulisan nanti. Orang ramai akan rasa, oh betul la tu takkan ceoPH nak menipu kan.

Lagi seorang sembang valuation company dia 1 billion ialah Jurulatih Jadzil. Alah, yang collect fund konon nak list dekat Nasdaq tu. Dia ada sekolah pondok dan pasar tani. Sebelum dia buat koperasi raise fund, lepas tu dia pakai trustee. Apa jadi entah investment tu kan?

Datang pula zaman scammer pre-IPO, dia punya valuation sembang, kalah MKLand. Cerita sama, macam X10 punya scam Chung Hin Chew yang jadi antara founder belakang tabir Farmfresh. Semua sembang nak ke IPO dengan valuation at least beratus juta. Rafizi punya script pun seakan sama.

Siapa tahu I-Serve? Yang dah kena siasat. Itu pun sembang valuation billion-billion. Nak listing kat Hongkong bagai. Apa jadi? Itu yang aku tak suka orang membodohkan masyarakat dengan membuka ruang kepada hujah valuation ini.

Walhal boleh sangat dimanipulasikan. Kalau account pun boleh diputarbelitkan, dipanggil creative accounting. Ini pula sekadar valuation. Takkanlah semudah itu kita kena telan. Lebih-lebih lagi takda product yang solid. Sembang AI pun keluar Anwar Ibrahim je.

Anyway, nak cerita pasal Grab, dah study belum pasal Grab? Dah tau mana dia dapat duit? Dia punya growth? Awal-awal dia grow macam mana? Dah baca annual report Myteksi Sdn Bhd dan Grabcar Sdn Bhd? Kenapa ada 2 company? Apple-to-apple la..

Ohya, korang nak melabur ke dekat company yang takda product yang clear, founder masuk politik dan syarikat rugi yang tak significant? Tepuk dada, tanya akal hati masing-masing. Kalau di US, founder masuk politik mesti merundum saham.

Derek Gallimore ada cerita pasal startup punya fake valuation. Jemputlah baca. Aku lagi percaya omputih ni daripada penjaga duit orang pergi haji. Rujuk :
https://www.linkedin.com/…/massive-wave-startup-fraud…

Kesimpulannya, ceoPH tu hanya melalut nak menegakkan benang basah. Cerita tak habis dan berhujah persis scammer. Almaklumlah, mungkin terhutang budi. Banyak lagi orang lain yang jujur untuk korang refer. Apa pun, aku bersyukur sebab tak pernah follow pun dia.

Dari awal dulu bila terbaca sikit-sikit orang share, aku rasa dia ni biasa-biasa je. Ada terbau juga #TaikPH tu. Jadi terkenal dapat ghanimah sebab follow Zukri dan penyokong tegar PH. Dengar cerita orang IKRAM kan? Baru jadi CEO TH tak sampai 3 tahun pun dah poyo-poyo dengan “Minda CEO”. Bangga sangat jadi CEO ke?

Entah apa business dia pernah bangunkan? Korang boleh usya sini juga, ada orang dispute argument dia, dia delete tapi orang sempat snap. Aku faham dia tersilap, tapi itulah. Nak percaya orang camtu? Orang bodoh dan #TaikPolitik dan #TaikPH pegang kuat la dia.

Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=6090423837674255&id=100001200986490

Doakan esok aku free. Dah banyak input masuk ni. Dari kawan-kawan dalam MIA, dari SC, banker-banker dan CA-CA lain. Mungkin kita patut kenal siapa dia untuk berpegang kepada pandangan dia.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.