Gua, Scrut dan mercun.

G

Zaman gua dulu, lepas tarawih 8 rakaat. Maka anak muda akan berperang. Perang mercun. Zaman tu, mercun bola dengan ketupan belum ada. Yang wujud hanyalah airbomb sebagai the ultimate weapon.

Ada airbomb 1 dan airbomb 3. Airbomb 1 meletup sekali, airbomb 3 meledak 3 kali. Selain itu thunderclap sebagai light artillery manakala thunderking sebagai heavy artillery.

Mercun telor naga, mercun roket, mercun mancis, dan akhir sekali mercun das akan menamatkan dan memecah belahkan pihak lawan. Yang ada mercun das 128 peluru tu memang hero lah.

Rule dia mudah, gang mana yang berjaya menyuraikan gang lain, dia menang. Segala kecederaan akan ditanggung kerajaan Malaysia. Maka berperanglah anak-anak orang kaya. Gua dan gang gua, hanya menonton.

Gua baru 13 tahun ketika itu. Baru lepas kena buang sekolah. Teringin juga nak berperang, tapi takda modal. Maka gua telah ajak gang gua untuk kembali kepada “salaf”. Ya, kita pakai kabait. Kami bina kembali legasi meriam buluh. Lebih jimat, lebih power. Selepas menjalan kajian kimia, kami sudah sedia untuk masuk ke kancah peperangan.

3 biji meriam batang pinang siap dibina dengan peluru guli. Bertempiaranlah lari kaum borjois dengan meriam kami. Gua tak rasa kami sudah selamat, gua juga sediakan 1 senjata, bom minyak tanah. Gua taktau nama international dia molotov bomb. Kerana gua harus bersedia dengan serangan mercun das dan airbomb jarak dekat.

Telahan gua memang tepat, akhirnya ada seekor mamat ni hati kering, dia berjaya melepasi serangan meriam kami dan berjaya mendekati kami. Serangan pertama dia adalah airbomb menjadikan kami kelam kabut, kemudian dia nyalakan mercun das.

Gua dah pesan dengan gang gua, apa jadi biar kita terkubur dengan meriam kita, jangan lari position. Ingat perang Uhud? Kenapa barai? Sebab tak stay dekat position! Nampak tak? Gua tunggang agama macam mana?

Tembakan mamat tu makin mengganas, menyemarakkan gang dia untuk mara. Akhirnya gua nyalakan bom minyak tanah gua, gua baling.

Bom!!! Terang tapak perang malam itu dengan kebakaran kecil. Mamat yang menyerang kami terkena sambaran api minyak tanah, terbakar belakang badan dia. Gang belah sana terus berhenti. Perang tamat.

Gang gua menang tanpa ragu. Tapi itulah perang terakhir gua. Selepas itu, kami telah diboikot dan diharamkan masuk dalam liga perang mereka. Takpalah, nama gua menjadi lagenda perang. Kalau di Tanah Besar China, mungkin gua dipanggil Dewa Perang.

Inilah kisah perang gua. Bila gua masuk MRSM masa form 4, kisah ini gua cerita, budak-budak nerd semua ternganga. Tapi rupanya, kisah perang gua belum cukup hebat. Ada lagi dahsyat.

Kawan gua cerita, dia perang sampai serang baling airbomb dalam masjid, bertempiaran kariah masjid meloncat keluar, siak sampai patah kaki sebab meloncat keluar masjid. Akhirnya dia dilokap 1 malam.

Tapi dalam banyak-banyak kisah perang Ramadhan ni. Ada 1 kisah yang lebih menyayat hati. Kawan gua menceritakan dengan penuh sayu. Dia kata,

“Setiap kali raya, aku rasa bersalah, aku sedih. Kalau family aku tau mesti aku kena bunuh..”

Saspen kami mendengar, gua tanya apa jadi?

“Mercun aku telah membunuh orang. Orang yang paling keluarga aku sayang, atok aku..”

“Mercun apa kau pakai bunuh atok kau?”

“Mercun tarik.”

“Aku ikat mercun tarik di rim dan body basikal atok aku, dia tolak dan meletup. Dia terkejut, kena heart attack dan meninggal terus di malam raya.”

“Akulah pembunuh sebenar. Aku tak mengaku masa tu.”

Selepas mendengar kisah itu, gua sedar akan kehebatan sesuatu cerita itu bergantung kepada pengakhiran cerita, yang lebih tragis adalah yang lebih dahsyat. Walaupun hanya menggunakan mercun tarik!

Begitulah keadaan www.scrut.my, walaupun dibangunkan hanya dalam masa 3 hari, dengan kaedah minimum viable product (mvp), simple! Tetapi kesannya sangat dahsyat. Dikejar wartawan, lawan, kawan dan yang nak jadi kawan.

Hari ini, genap 2 minggu Scrut.my, pencapaian yang boleh dikatakan membanggakan. User lebih kurang 9,000, page Facebook 19,000, Alexa rank 7,800 dalam Malaysia. Semuanya organik! Terima kasih buat semua yang terus menyokong kami, mendoakan kami, mengganggu kami dan membenci kami.

Ingatlah, jangan main mercun tarik!

Get SCRUT before WE get SCREWED!

Co-founder Scrut.my

Aliff Ahmad

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.