Imam Nawawi menyatakan:
يستحب تقبيل يد الرجل الصالح والزاهد والعالم ونحوهم من أهل الآخرة. وأما تقبيل يده لغناه وشوكته ووجاهته عند أهل الدنيا بالدنيا ونحو ذلك فمكروه شديد الكراهة
Maksudnya: Disunatkan mencium tangan orang-orang soleh, zuhud, orang alim dan sebagainya dari kalangan ulama ahli akhirat. Adapun mencium tangan seseorang kerana kekayaannya atau kekuatannya atau kerana pangkatnya yang berhubungan dengan dunia dan sebagainya maka hukumnya adalah tersangat makruh.
(Rujuk Kitab Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, m/s 21)
Dalam masa yang sama Imam Nawawi larang tunduk kepada manusia lain.
وقال النووي في المجموع : يكره حني الظهر في كل حال لكل أحد لحديث أنس …ولا معارض له، ولا تغتر بكثرة من يفعله ممن ينسب إلى علم أو صلاح ونحوهما
Maksudnya: Makruh menundukkan badan pada setiap hal dan pada setiap sesuatu sepertimana yang terdapat di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas…Tidak ada percanggahan terhadap hal itu dan JANGN TERTIPU dengan banyaknya orang yang melakukannya daripada mereka yang dinisbahkan kepada ilmu atau kebajikan dan seumpama keduanya.
(Rujuk Al-Majmu’ syarh Muhadzab, m/s 21)
Maka, dibolehkan cium tangan orang soleh, ‘alim, zuhud dan tawadhu’ dengan syarat tidak menundukkan badan.
Persoalan, siapakah orang ‘alim hari ini? Kalau dia zuhud dan tawadhu’ dia bagi ke orang cium tangan dia konon ada barakah? Adakah itu sifat seorang ahli akhirat?
Jadi apa indicator seseorang itu soleh, ‘alim, zuhud dan ahli akhirat? Adakah macam habib di bawah ini? Aku tak pelik suatu hari nanti akan ada pandangan tunduk hormat kepada berhala asal niat tidak menyembah.
Berhala-berhala besar yang berada di keliling kaabah ketika zaman Arab Jahiliyah juga merupakan patung-patung orang soleh zaman sebelum itu.
Anyway, tangan habib ni kita boleh cium tak? Nak kena selak tirai ke mandi safar dulu?