Hari ini gua stress sebab workload yang menggunung, so gua buat ulang kaji tentang hadis-hadis tentang emas/dinar dan perak/dirham untuk meredakan stress gua.
Hadis-hadis ini biasa digunakan oleh kaum penunggang agama untuk menjual atau mempromosi produk emas/dinar dan perak/dirham.
Hadis-hadis tersebut berbunyi,
”Akan tiba suatu masa pada manusia, pada masa itu tidak ada apapun yang bermanfaat selain dinar (uang emas) dan dirham (uang perak)” (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal).
“Pada akhir zaman, manusia di masa itu semestinya memiliki dirham-dirham dan dinar-dinar untuk menegakkan urusan agamanya dan dunianya” (Hadits riwayat Imam Al-Tabrani sebagaimana terda¬pat dalam kitab Jami’u As-Saghir karya Imam As-Sayuti),
“Akan datang suatu zaman kepada manusia, barang siapa tidak mempunyai yang kuning (uang emas) dan yang putih (uang perak), maka tidak akan mendapatkan kemudahan dalam kehidupan.” (H.R. Ath-Thabrani dalam al-Kabir 17415 (20/278).
Kesemua hadis-hadis tersebut adalah dhaif kerana perawi-perawinya bermasalah. Rujuk snapshot di bawah.
Yang sahih adalah,
إِنَّ كَذِبًا عَلَىَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ ، مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
“Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama dengan berdusta pada selainku. Barangsiapa yang berdusta atas namaku secara sengaja, maka hendaklah dia siap sedia tempat duduknya di neraka.” (HR Bukhari & Muslim)
hadis mengenai emas tersebut tidak sahih atau dhaif tuan?