Event Halal : Selipar Haram, Mini Skirt Halal

E

Semalam aku ke MIHAS bersama 2 sahabat aku. Tujuan utama adalah untuk membawa keluar barangan buatan Malaysia ke Australia melalui Supermarket milik Vince Focarelli. Semalam hari Jumaat, selepas solat Jumaat di masjid wilayah, selepas short meeting dengan ayatolla financial aku, terus aku ke MIHAS.

Malangnya ketika aku mahu masuk, aku disekat oleh security guard kerana aku memakai selipar. Ya, selipar adalah sarung kaki kegemaran aku semenjak pulang ke Malaysia kerana cuaca Malaysia yang panas. Walaupun aku tak setuju, aku akurkan saja. Tiba-tiba aku melihat Pak Arab keluar dari dewan pameran dengan selipar.

Jadi, aku terus pertikaikan peraturan mereka dan meminta untuk membenarkan aku masuk. Boleh saja aku suruh driver aku hantar kasut yang aku sentiasa standby di dalam kereta, tetapi dek kerana mereka telah mengkhianati peraturan sampah yang mereka sendiri cipta, aku nekad untuk langgar peraturan tersebut. Darah aku menyirap! Yang aku teringat, hanya night club & strip club saja yang melarang selipar.

Secara rasional, peraturan tersebut adalah sangat menghina akal. Adakah manusia itu dipandang pada kasut. Event itu bukanlah corporate event atau academic conference, tapi hanya pameran ala trade fair, jadi kenapa kaki yang mereka lihat? Sepatutnya akal dan poket yang dipandang. Makin ramai orang hadir, makin baik. Pengalaman aku ke conference dan exhibition yang jauh lebih besar dan elit di luar negara, tiada satu pun yang menyekat gaya aku. Adakah kerana aku tidak mampu berkasut, aku dilarang masuk? Pelbagai persoalan bermain dalam minda aku. IQ juga menasihatkan aku untuk bungkus saja 2 plastik pada selipar dan bagitau inilag fashion terbaru kasut yang environmental.

Yang paling menaikkan darah aku adalah mereka cuba menipu aku untuk menegakkan sikap double standard mereka. Aku dihalang, orang Arab dibenarkan. Aku dihalang, wanita berselipar ala datin dibenarkan masuk. Adakah dek kerana gaya aku yang tak nampak kaya aku dihalang? Adakah kerana aku bukan si bontot putih aku dihalang?

Mula-mula mereka cuba berbohong dengan menyatakan orang Arab itu pakai sandal, aku selipar. Memang aku makilah kebodohan tersebut, apa beza selipar yang aku beli di stadium Bayern Munchen dengan sandal cap himar? Ketua mereka datang tunjukkan poster peraturan, malangnya poster itu tertulis no sandals/slippers. Lagi mau bohong? Kemudian dia kata perempuan lain, aku tanya mana peraturan kata perempuan boleh? Mereka terdiam.

Yang paling bangsat adalah pak guard tu boleh cakap kat aku, “kalau abang cakap elok-elok dengan saya, saya lepaskan abang.” Aku lagi naik angin, aku kata, “jadi awak nak salah guna kuasa kalau saya jilat awak? Awak nak suruh saya jilat awak?” Terkebil-kebil dia nak nafikan kebangangan dia. Kalau aku jenis Mat Viral lama dah aku buat rakaman.

Ketika aku sedang memberikan tazkirah kepada pak guard itu, datang sekumpulan lelaki yang berselipar keluar dari dewan, jadi aku terus ajak sahabat-sahabat gua, “jom masuk, jangan halang, korang semua memang double standard.” Nak je aku kasitau, aku pernah masuk office menteri dengan roundneck dan selipar. Naik cabin business class dengan selipar jamban, dan dinner di hotel 5 bintang dengan selipar ketika di London.

Ketika di dalam dewan, berlambak manusia yang berselipar. Berskirt pendek pun ramai. Event halal memang mengharamkan selipar dari Jerman je ke? Adakah pakai selipar lebih hina dari pakai mini skirt untuk sebuah event yang menunggang agama? Aku rasa, penganjur ni memang spisis kaki club yang otaknya hanya di kaki. Otaknya di kaki, bukan di kepala!

Aku berharap trend menyekat manusia kerana pakaian dan menganggap bangsa luar lagi superior segera diubah di Malaysia. Buatlah SOP yang punya nilai common sense yang tinggi dan tidak menghina akal. Kita kan zaman Malaysia Baharu.

Ketika aku ke surau untuk solat Asar, semua orang menanggalkan kasut dan selipar, semuanya berkaki ayam. Menghadap tuhan yang maha suci. Hati aku kembali sejuk, teringat aku hanyalah hamba yang hina walaupun selipar aku buatan Jerman.

https://www.facebook.com/aliff.ahmadii.14/posts/409614286499713

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.