Korang pelik ke? Korang hairan ke?
Provokasi bodoh macam ni bukanlah perkara baru. Tidak pelik pun.
Dalam Quran telah mencatatkan beberapa orang Nabi yang keluarganya sendiri mententangnya. Anak dan isterinya menentangnya.
Maka perkara itu bukanlah pelik. Ia telah berlaku sejak dulu lagi. Cumanya tidak direkodkan di dalam bentuk video sahaja.
Seusai kewafatan Nabi SAW pun telah muncul seorang yang mengaku Nabi palsu pertama, Musailamah al-Kazzab.
Kemudian lahir golongan murtad yang terang terangan tidak mahu membayar zakat. Sehingga Khalifah Abu Bakar mengambil tindakan perang ke atas mereka.
Setelah itu, golongan ahli al-Quran yang Nabi sebut sebagai berpewatakan soleh. Tahajjud setiap malam, baca Quran siang dan malam. Sehingga mereka ini dicatatkan sebagai ahli al-Quran dan guru al-Quran.
Seorang yang terkenal namanya Abdul Rahman ibn Muljam, dikenali sebagai Ibnu Muljam. Dia bukan orang biasa-biasa. Dia bukan sekadar penghafak Quran 15 juzuk.
Dia ialah seorang guru al-Quran dan fiqh yang diiktiraf oleh Khalifah Umar al-Khattab di zamannya. Dia dibenarkan mengajar di masjid-masjid dan diberikan saguhati oleh Umar.
Tetapi, Ibnu Muljam ini di akhir hayatnya, dia telah membunuh sahabat Nabi dan khalifah ke-4 dalam khulafa al-Rasyidin iaitu Ali bin Abu Talib.
Setakat hafal 15 juzuk tapi gila nak berbogel dan provok Islam bukanlah perkara yang extreme, itu cuma picisan sahaja.
Ibnu Muljam bukan setakat hafal 15 juzuk, dia syaikh al-Quran yang diiktiraf Umar jauh lebih extreme dengan melawan Islam dengan membunuh khalifah.
Apa yang aku nak sampaikan adalah perkara ini biasa dilakukan oleh mereka yang membenci Islam, munafik, khawarij, dan ia terus menerus akan berlaku.
Jadi umat Islam yang rasional tak perlulah meloncat. Ia bukan salah sesiapa. Dia sudah besar, ada otak dan akal. Boleh fikir sendiri baik dan buruk.
Jika ada undang-undang tentang hal ini, tangkap dan hukum dia.
Mudah!
ps : lawak ke cerita pasal diri sendiri pastu buka baju?