HAJI RAMLY – TOKOH USAHAWAN MELAYU BUMIPUTERA DAN MUSLIM TERSOHOR DI MALAYSIA

H

HAJI RAMLY – TOKOH USAHAWAN MELAYU BUMIPUTERA DAN MUSLIM TERSOHOR DI MALAYSIA DENGAN GAYA MARKETING TAWADUK DI JIWA, IKHLAS MEMBINA JENAMA TANPA MENUNGGANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Kau takkan pernah nampak Haji Ramly di Facebook. Dia takda account Facebook, Twitter atau Instagram untuk tunjuk terer. Kalau ada pun, mungkin sangat personal. Kau juga mungkin tak nampak dia keluar untuk bagi talk. Kalau ada, mungkin jarang-jarang.

Kau juga mungkin tak pernah nampak iklan Ramly keluar di TV dan corong radio. FB ads, billboard dan apa-apa digital ads. Takda rasanya. Aku tak pernah nampak, aku tak pernah dengar, juga tak pernah terlintas.

Page Facebook kononya rasmi milik Ramly pun rasanya bukan miliknya. Lihat, betapa cool pemilik Ramly yang memiliki MAJORITI saham syarikat, bukan 30%, bukan 1%, bukan juga 0.1%. Dia founder tau! Bukan menempel diberi saham untuk jadi maskot.

Lihat juga betapa steady-nya jenama Ramly, tak perlu nak letak diri sendiri atau individu lain untuk jadi maskot syarikat. Tak perlu join kempen BMF. Atau masuk Gegar Vaganza. Tak cerita anak dia jadi doktor mahupun jurutera disebabkan jual burger.

Tak perlu juga dia announce yang dia dah tolong ramai anak Melayu berniaga, hire berapa ramai staff dia ada. Yang paling penting, dia tak kecoh nak ke IPO pun. Semua itu tidak perlu baginya. Tetapi jenama Ramly tetap di hati kita.

Jenama seperti Saudi dan Purnama, buat deceisive kempen seakan-akan ia syarikat milik Muslim pun gagal menawan market share milik Ramly. Ramly bangun tanpa funder di atas kertas, dari dalam dan luar negara. Hanya milik dia, isteri dan keluarga sahaja.

Aku nak cerita sikit bagaimana Ramly bermula. Awal tahun 70an dan 80an, burger adalah makanan elitis. Makanan mahal yang dijual di restoran dan hotel-hotel mewah dengan harga yang mahal. Idea datang untuk bagaimana rakyat marhaen boleh makan burger RM1 dan supaya rakyat marhaen juga boleh berniaga burger di tepi jalan secara part time atau full time.

Aku rasa idea dan niat awalnya sangat baik, mungkin sebab itu businessnya diberkati. Ohya, tanpa menafikan dana bantuan dari kerajaan yang dia dapat serta sokongan penuh rakyat marhaen yang terus menerus membeli dan menyokong jenama Ramly.

Pandangan aku mudah. Aku lihat Ramly memang betul-betul membina jenama melalui kualiti dan branding rakyat. Buktinya Ramly sanggup spend dana yang besar membeli machine dan membina kilang. Dia tak pakai kilang OEM orang lain. Sebab itu rasa dan kualitinya terjaga dan kekal unik! Orang kenal jenama Ramly, orang tak kenal Haji Ramly!

Kata guru kami yang mulia, “kadang-kadang orang Melayu ni, lebih sudu dari kuah, lebih lemak dari daging. Mangkuk kuah milik orang, tubuh badan milik orang, dia yang lebih-lebih.”

Tapi lain pula dengan sikap Haji Ramly, mangkuk dia punya, tubuh badan dia punya, kuah dia punya, sudu pun dia punya. Tapi dia tak lebih-lebih berdrama melankoli..

Tentang Ramly Burger :
Rujuk :
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/421116382488880/?d=n

—-Tempelan iklan 0.25%—-

Siapa nak beli barang kemas dan emas dengan harga yang terbaik, sila ke Ayden Gold Malaysia – HQ. Kalau nak cari cincin nikah kahwin, tunang, risik, cerai berai, boleh ke Niques Jewellery.

ps : Ya, aku iklan! Wall aku, aku punya suka. So? Adakah iklan aku mengubah fakta kebenaran? Nak jawab? Kritik fakta-fakta yang aku keluarkan. Kalau tak, kau hanya bangsa strawman, jahil murakkab dan sangat menghina akal, walaupun follower kau 1 juta orang. Kau tak suka? Button unfriend, unfollow dan block ada. Gunakan, tak guna kau meroyan. I will never please you!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.