Maksudnya, hakim dah sahkan tudahan mendera dan mengabai terhadap OKT ada asas. Tapi, masa ada budak yang takda kerja, ambil job upahan menjilat OKT. Maklumlah, cari makan..
Teringat aku, masa mula-mula aku tulis pasal kes adik Bella, ada kawan OKT approach aku. Kalay aku takda kerja, takda maruah dan takda harga diri, mungkin aku boleh joib team OKT.
Bezanya aku ni bukan macam ungka dalam animal planet Wakanda tu. Aku ada kerja, ada kerjaya dan ada legit business. Kawan aku tanya,
“Ungka tu kerja apa?”
Cuba korang fikir dan tanya, dia kerja apa?
Sambung balik, masa tu soalan aku simple je. Kalau ia kemalangan, aku nak tengok laporan doktor dan klinik mana. Kalau orang lain buat, aku nak tengok laporan polis.
Malangnya, broker tersebut kata takda. Then, aku kata,
“So, hadaplah realiti..”
Masa di mahkamah pun, pihak pembelaan mula-mula nak main isu adik Bella ganas, nakal. Kemudian orang lain buat. Lepas tu kemalangan. Akhir sekali konspirasi. Polis juga mengesahkan segala kenyataan saksi di rumah OKT adalah scripted.
Kau tengok size dan ketembaman sebelum dia duduk rumah neraka tu dengan selepas duduk rumah neraka tu. Kemudian selepas di selamatkan. Ada beza tak? Takkanlah itu pun tak nampak.
Tuhan hadiahkan kita 2 jenis mata. 1 mata yang melihat menerusi pantulan cahaya, 1 lagi mata hati dan jiwa, yang mampu merasai penderitaan adik Bella.
Kedua-dua jenis mata itu boleh ditutup dengan satu barang. Nama dia duit. Kau boleh tengok puak yang bersama OKT, semua jenis kebulor. Itu yang segala datok scam, penganggur, dan sampah sarap je berkumpul di sana.
Aku ulang lagi, aku tau aku boleh buat duit kalau aku bersama OKT. Aku boleh pejamkan 1 jenis mata, tapi mata hati dan jiwa aku tidak boleh ditutup kerana mata hati dan jiwa ini tidak boleh dibeli dengan duit.
Korang tengok gambar di bawah ini. Gunalah mata hati dan jiwa untuk berfikir.