HARAP IFMAL DIGITUS BOLEH BANTU KORANG!

H

Semenjak dua menjak ni ramai pula orang mesej (pm tepi) nak minta aku review dan promote product-product dan service-service diorang. Maaf, aku terpaksa menolak. Bukan sebab aku sombong, cuma aku tak confident dan taktau nak mula dari mana. Lagi pun page aku ni cap ayam je. Dah kena cop 18SG. Mungkin promote barang adult boleh lah kot! 😜

Meh sini aku buka rahsia sikit. Rasanya korang tau aku ada few businesses. Yang paling viral semestinya SCRUT-lah. Selain itu mesti korang tau pasal IFMAL kan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala nikmat dan rezeki. Business-business aku tidaklah bagus mana, biasa-biasa je. Cukuplah makan dan bayar Axia Kompang setiap bulan. Takyah buat NGO untuk hidup.

Untuk pengetahuan korang, SCRUT yang dibangunkan dalam masa 1-3 malam yang telah mendapat sales sebanyak RM180K pada bulan pertama dan masih kekal relevan sehingga hari ini. Segala promosi ketika itu dilakukan secara organik. Perkataan SCRUT telah menjadi satu verb untuk orang ramai bukan? Apa rahsianya?

IFMAL pula dibangunkan melalui sebuah experimental yang bermula di sebuah warehouse usang di Nilai 7. Tahun pertama jualan melebihi 2 juta, tahun kedua 4 juta, tahun ketiga 6 juta dan masih kekal walaupun ketika covid melanda. Apa pula rahsianya? Sama macam SCRUT juga..

Content dan Direction.

Selain itu pasukan ini juga yang menguruskan content marketing untuk Carver.my yang berjaya mendapatkan RM200k sales untuk bulan pertama. Untuk sebuah startup baru, aku kira ia sebuah kejayaan yang baik untuk bulan pertama dan ia masih kekal mendaki perjalanan perniagaan pasca covid.

Ada banyak lagi. Takkan aku nak tulis semua kan. Diorang pun jenis tak gemar nak up diri lebih-lebih. So, better aku tulis apa yang aku tahu dan pasti je. Aku pun secara insaf tak berani nak kata lebih. Sebab dalam business, terlalu banyak yang subjective daripada objective. Lebih banyak yang tersirat daripada yang tersurat.

Rahsia di sebalik rahsianya adalah pasukan marketing, branding dan business strategy di belakang kami. Pasukan tersebut yang selama ini di belakang tabir adalah IFMAL Digitus yang diuruskan oleh 2 orang sahabat kami yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam dunia advertising dan marketing. Jangan terkejut lepas engage tau siapa di belakangnya!

Pasukan ini fokusnya kepada content dan strategy marketing selain ads. Aku tak kata diorang ni power, tapi diorang adalah pasukan telah membangunkan jenama dan sales IFMAL dan SCRUT. Terserahlah korang nak anggap mereka ini sifu, bagus atau tidak. Merekalah rahsia di belakang aku. Pada aku bagus. Pada korang belum tentu.

So, aku suggest korang engage-lah dengan diorang kalau nak dapatkan khidmat kepakaran mereka. Cuma, aku kena ingatkan. Mereka ini orangnya serius. Sentiasa lapar. Tak main-main dan tak murah. Kalau takda bajet, jangan engage.

Macam kata orang tua-tua di Wakanda Timur,
“You pay peanut, you get monkey!

Terus ke sesawang, ifmaldigitus(dot)com kalau rasa nak try servis mereka!

All the best!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.