HARGA SEBUAH KEPERCAYAAN

H

Sebelum-sebelum ini aku ada tulis pasal beberapa staff kami yang kami hadiahkan mereka sebuah kereta atas dasar penghargaan kami terhadap mereka setelah beberapa tahun kerja dan telah membuktikan mereka sangat bagus. Boleh rujuk balik di bahagian komen.

Tapi ada pula yang mesej tanya,
“Takkan laki je bang? Semua tu programmer. Saya bidang lain, boleh dapat ke macam tu. Saya perempuan.”

Aku tersengih membacanya. Aku kasitau nanti dia, ada juga, nanti aku tulis pasal lagi seorang ni. Sebenarnya ada lagi 2-3 orang. Perempuan pun ada.

Kalau nak ikutkan, akak inilah yang paling awal dapat kereta. Dialah yang pertama dapat. Dia bukan programmer, dia juga seorang perempuan. Dia ni graduan accounting. Junior aku di Adelaide.

Dia ni follow aku daripada zaman dekat Adelaide lagi. Bermula dengan dia minta pinjam kereta aku, then aku “pergunakan” dia untuk buat kerja accounting aku. Selepas itu kami bersahabat. Lepas aku balik Malaysia, dia ialah orang yang sentiasa follow aku.

Dia ni walaupun buat accounting, tapi dia sangat sharp, dari zaman aku bangunkan startup pertama aku, zaman blockchain, financial dan sekarang capital market, dia sentiasa bersama aku. Dialah tulang belakang yang orang tak nampak dan tak kenal sangat selama ni.

Apa beza dia ni dengan orang lain? Dia ni tak berkira pasal masa. Dia sangat faham kerja aku. Pagi, petang, siang, malam, dia sentiasa ada. Dialah accountant, dialah financial controller, dialah secretary, dialah auditor, dialah writer, dialah analyst, dialah lawyer, dia juga CFO, dia jugalah PA.

Aku pernah bagi dia pegang crypto wallet aku, value boleh tahan besar. 1 sen pun tak kurang. Masa ada staff aku buat CBT, dia masuk buat forensic. Kantoi habis. Kalau dia masuk mana-mana office aku, maksudnya ada special task dan ada issue. Dia sangat firm dan sangat tegak. Tak banyak cerita dan takda merajuk punya orang. Kena marah, nangis. Esoknya makin power.

Apa value dia ada?

Dia ada trust daripada aku. Sebuah kepercayaan yang tak boleh dibeli. Kepercayaan yang tidak boleh dibeli. Mana-mana meeting crucial, biasanya aku akan bawa dia dulu. Aku juga pernah hantar dia ke Dubai untuk mewakili aku, dan juga ke USA. Itulah harga aku bayar sebab tak berkira.

Dia boleh menulis macam aku. Baik English atau Melayu. Sangat kuat membaca. So, aku senang kerja. Apa-apa agreement, aku pass kat dia. Dia boleh tolong semak. Surat-surat aku dia boleh tulis.

Kami juga menghadiahkan sebuah Audi TT sekitar tahun 2017 atas penghargaan terhadap sumbangan-sumbangannya selama ini. Gaji dia korang jangan kiralah. Cuma korang kena tau dia start dengan tolong-tolong aku secara sukarela sahaja. Gaji ciput kalah gaji bibik. Walaupun Audi TT ni recond used, tapi padu dengan Brembo F430 Ferrari.

Dia ni jenis bangun awal, so biasanya aku akan bagi task tengah malam masa aku free dan teringat sebelum tidur. So, lepas dia bangun pagi dia akan siapkanlah kerja yang aku suruh. Biasanya projek-projek yang perlu kepada p&c atau secret level, memang aku akan panggil dia je.

Just nak kasitaulah. Dia ni start gaji tak besar mana pun walaupun graduan luar negara awal-awal dulu. Dia tak pernah mengeluh dan berkira selama ini. Apa yang mahal dalam diri dia adalah loyalty dan trustworhty, dia pernah cakap kat aku,

“Boss pergi mana pun, boss nak buat apa, saya follow je.”

Sekarang ni, dia dah kahwin, so, aku kenalah kurangkan sikit kebergantungan aku dekat dia, walaupun aku still percaya dia lebih daripada orang lain, tapi aku perlukan orang baru seperti dia. Ohya, paling penting, pandai tulis surat!

Ada sesiapa berminat?

Boleh hantar surat kepada aku terus. Boleh rujuk komen pertama.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.