HARI INI BARU KERAJAAN SEDAR YANG MONOPOLI TELAH MEMBUNUH DIRI MEREKA SENDIRI.

H

1. Medical supply semisal mask, glove, epp, handrub etc biasanya dimonopoli oleh syarikat-syarikat besar seperti Pharmaniaga dan beberapa syarikat kapitalis lain sahaja.

2. Jadi supplier-supplier kecil seperti kami jadi tidak berminat untuk supply atau masuk bersaing dengan mereka dalam kontrak-kontrak tender.

3. Apabila wabak covid-19 ini melanda, barulah mereka sedar yang syarikat-syarikat besar yang menang tender-tender besar tidak punya kapasiti untuk penuhi permintaan hospital-hospital.

4. Mereka terpaksa buka kepada supplier-supplier kecil seperti kami. Sudah pasti kami juga tidak simpan stok. Ini menjadikan proses mendapatkan stok menjadi perlahan.

5. Syarikat-syarikat supplier utama juga biasanya akan order menurut tender kontrak yang mereka menangi. Mereka juga biasanya sudah terikat dengan supplier-supplier mereka di luar sana. Jarang-jaranglah mereka akan simpan stok.

6. Harapnya selepas ini tender-tender seperti ini dipecah-pecahkan kepada banyak syarikat lain especially syarikat-syarikat SME. Big cake, why not share it?

7. Supaya jika apa-apa krisis berlaku, recovery kita akan sangat cepat. As proverb says, the more the merrier.

8. Kalau aku jadi PM, 20% kuota untuk syarikat orang muda untuk semua tender kerajaan.

Undilah aku! Parti Orang Muda! #POM

Mengenai penulis

1 komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.