Hi H

H

Semalam ketika pulang dari Saka Cafe, ada sebuah kereta H cuba follow gua. Ohya, bukan level gua nak main dengan kereta H ni. Dia siap potong kiri kanan nak duduk depan gua. Gua stay je line kanan chill out the night.

At the end, gua duduk depan balik. Dia datang laju ke belakang kereta gua. Dia siap high beam bila gua slow down due to ada kereta kat depan. Aik, ajak race ke? Tapi gua tak minat nak layan spisis anjing nyalak bukit ni.

Gua pun ke tepi jela, kasilah kereta H tu meluncur laju. Bagus juga dia yang halau kereta-kereta depan tu. Gua follow jela kat belakang dia. Kelajuan sudah mencecah 250kmh gua masih steady ikut ja dia tanpa tukar setting ke race mode.

Gua rasa dia ingat gua nak race dengan dia kot, akhirnya dia ke tepi, kereta gua terus meluncur macam biasa secara organik sampailah ke 290kmh dan gua toleh melihat rear mirror gua masuk kiri, kereta H sudah hilang dari pandangan, mungkin sudah memintas gua dengan kelajuan cahaya tanpa gua sedari.

Gua pelik, kenapa perangai pemandu kereta H selalu poyo macam ni? Adakah kerana kereta H sangat laju? Haih, semalam itu kereta gua yang takda turbo. Kalau semalam gua drive Vtec Slayer gua, confirm hari ni dia jual H dia.

Hi H, ini malam kacaulah kereta Wira kaler kelabu kalau bertemu di highway utara-selatan. Kereta itu memang di”tune” untuk layan model H.

Akhukum fillah abadan abada.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.