Jujur dengan tuhan, jujur dengan diri sendiri, jujur dengan masyarakat. Itu sebab dalam hidup ni orang jujur akan dibenci. Bercakap benar tidak disukai.
Ada orang suka jaga hati orang, suka please orang walaupun dia tau orang tu salah dan ada orang suka cakap belakang, ada orang suka depan kita cakap lain, belakang kita cakap lain. Ada orang suka belit-belit, ada juga suka jadi iguana.
Begitulah hidup ini, sebagai contoh, ada peguam-peguam yang tiba-tiba kata DPP kes Bella ni ok sebenarnya sedang menjaga hati DPP. Nak playsafe, nak play good cop.
Walhal, belakang-belakang sebenarnya diorang jugalah complain yang DPP-DPP kes Bella ni hambar, tak progresif, dan tak proaktif. Takkanlah kami orang awam tak verify dengan mereka yang ahli dalam bidangnya.
Kata guru kami,
“Your mind can lie, you heart can’t lie..”
Anyway takpa. Aku nak cerita pasal semalam. Aku dikenalkan dengan seorang peguam jenayah. Dia ni nampak sangat bijak, liar dan jujur dengan diri dia. Aku suka karaktor dia.
Apabila salah seorang rakan kami tanya pasal dia jadi peguam kepada penjenayah. Banyaklah dia explain, tapi yang menarik aku, hanya satu sahaja hujah dia.Katanya kerja nak pastikan penjenayah ni ni bersalah adalah kerja DPP. DPP yang pilih saksi, DPP yang prep saksi, DPP yang deal dengan IO, DPP yang akan minta keterangan, dia juga yang akan re-examine. DPP yang kena dapatkan prima facie.
Kata-kata dia ni buat aku reflect beberapa mahkamah jenayah yang aku pernah attend, teman kawan yang jadi saksi, fahamlah aku yang kalau DPP tu bagus, progresif, proaktif dan ada jiwa untuk memastikan penjenayah tu dihukum, semua orang akan merasai usaha dia.
Aku pernah ikut satu kes jenayah yang kawan aku jadi saksi untuk SPRM, aku benar-benar respect DPP tu sebab dia sendiri “into-it” dalam kes tu. Aku boleh rasa jiwa dia untuk memastikan penjenayah itu ke dihukum semaksima mungkin sangat clear.
Ibarat Gopal Sri Ram, memang dia betul-betul buat effort untuk memastikan Najib Razak ke dalam. Ibarat Shafie Abdullah memastikan Anwar Ibarahim disabit bersalah. Ibarat Ghani Patail berjuang angkat tilam kes liwat-1 dan Tommy Thomas gugurkan tuduhan dekat Lim Guan End.
Tapi kalau DPP datang court pun lewat, tak jaga saksi, biar saksi kena lanyak dalam court dan luar court, sombong dan ego dengan rakyat, dalam court tak syncronize sesama mereka. Takkanlah aku nak kata perform dan sangat ok. Sorry-lah. Aku bukan penipu. Tak sanggup aku nak menipu diri aku sendiri.
Aku tak suka jadi munafik, pengampu dan penjilat. Aku tak emosi dalam mengeluarkan pandangan, aku takda interest nak jaga hati DPP, aku bukan peguam. Aku memberi pandangan dengan ikhlas berdasarkan pandangan aku.
Kalau aku emosi, mesti aku kerap maki bini aku, family bini aku, dan mungkin sanggup murtad dengan menghina Nabi sebab marah dengan lebai PAS dalam Facebook. Tak pernah aku buat walaupun sekali. Kan?