Ada seorang makcik, dia seorang peguam. Dia suka ejek orang sana sini, hina orang sana sini. Sampai bapa dia, bapa mentua dan suami dia pun dia hina dan maki.
Dia peguam cap ayam. Banyak kes dia lawan kalah. Itu sebab dia pakai kereta buruk. Dia tak berani minta cerai kerana dia bergantung hidup dengan suami dia walaupun dia hina suami dia macam-macam. Walau dia selalu kutuk perempuan lain lemah sebab tak berani minta cerai.
Itu sebab dia kena cari makan dengan ambil job jadi cybertrooper cum lawyer kepada penjenayah. Itu pun tak kaya-kaya juga. Tudung dia bau kepam, bajunya bau hapak. Satu mahkamah cerita pasal kekepaman baunya. Kepam ye! Bukan apam Maszlee Malik tau.
Selama ini dia bongkak. Sikit-sikit dia nak saman orang. Jadi ramailah goyang. Maklumlah, sebagai seorang peguam, dia boleh buat paper untuk menyaman. Hanya perlu cari kawan untuk jadi proksi dia sahaja. Cost peguam ini sebenarnya, masa dan kertas sahaja. Itu yang mahal.
Selama ini dia ejek sana sini, usik orang sana sini, tiada siapa yang melawan. Sampailah dia bertemu seorang anak muda yang awesome. Yang tidak gentar membalas setiap gangguan dan hinaan makcik tersebut.
Setiap hinaan dibalas dengan troll yang padu. Setiap serangan dibalas dengan balasan yang jitu. Ibarat lawan ejek-ejek. Siapa yang koyak dulu? Dipanggil adik beradik dia join the club. Pemuda awesome itu chill saja dengan senyuman.
Selepas makcik itu koyak. Dia buat laporan polis. Dia buat saman komital. Kesemuanya pemuda awesome itu hadap dengan penuh bergaya. Tidak gentar sama sekali. Pemuda itu senyum bergaya, ke mahkamah dengan pakaian bergosok dan wangi.
Makin koyaklah makcik itu setelah segala laporan dan saman dia gagal. Maka, makcik peguam itu membuat saman sivil kepada pemuda tersebut setelah tidak tahan dan koyak balasan yang pemuda itu berikan. Hakikatnya, dia yang mulakan. Tapi dia pula tidak tahan dan koyak.
Itu pun pemuda awesome itu hadap dengan tenang. Disebabkan makcik itu peguam. Selaga submission dia buat. Injunction-lah, review-lah, rayuan lah. Segala apa mak nenek boleh submit, dia submit. Mentang-mentang dia zero cost. Itu pun semua kalah dan ditolak. Dia buat pula rayuan ke mahkamah rayuan.
Akhirnya, dia menyerah kalah. Dia angkat bendera putih berdarah menggunakan tuala wanita tua. Begitulah hikayat makcik koyak di Madagascar.
Pelajaran yang boleh kita ambil di sini adalah, jangan ganggu orang kalau hati tak kental. Jangan salah guna kuasa untuk membuli rakyat marhaen. Kalau tak tahan main ejek-ejek, jangan ejek orang.
Pepatah Arab berbunyi,
ضربني وبكى، شتمنى واشتكى
“Dia yang pukul aku, dia yang menangis. Dia yang maki aku, dia yang mengadu..”