IBN BAAZ – DERMAWAN YANG TIDAK DIKENALI

I

Siapa kenal Syaikh Ibn Baaz rahimahullah? Tak kenal? Ibn Baaz ialah grand mufti kerajaan Saudi yang paling berpengaruh. Sungguh pun dia seorang yang buta, tetapi ilmu dan hafalan dia penuh di dada.

Walaupun aku bukanlah peminat beliau, tetapi aku tahu, beliau ialah seorang ulama’ yang zuhud, tawadhu’, ‘alim dan wara’. Kesarjanaan beliau dipuji kawan dan lawan.

Ketika aku bekerja di UK, aku pernah berkelana ke beberapa kota di French. Aku pernah singgah di sebuah masjid, aku tak teringat namanya dan kotanya. Aku hanya ingat sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang brother ni sambil menghirup kopi Morocco di depan masjid.

Katanya,
“Dulu aku membenci Saudi dan para ulama’nya, tetapi suatu kejadian telah mengubah semua itu.”

Kata beliau, masjid ini selama ini mempunyai wang yang disumbang dari luar negara, jadi segala bil air, elektrik, internet dan upah cleaner setiap bulan akan dibayar menggunakan wang tersebut.

Tetapi suatu hari, sumbangan tersebut sudah tidak masuk. Dia tertunggu-tunggu, dari 1 bulan ke 3 bulan. Akhirnya dia membuka mulut bertanya orang yang paling senior di kalangan mereka. Kata orang itu, ia sumbangan dari Saudi.

Dia tertanya-tanya, kenapa ia sudah berhenti? Dia menghubungi pihak bank dan mendapati ia sumbangan peribadi dari pejabat mufti Saudi. Dia menghubungi pihak di sana, mereka memberitahu yang Syaikh Ibn Baaz sudah meninggal dunia, sumbangan yang dihantar selama ini adalah dari bahagian gajinya sendiri.

Semenjak hari itu, dia bagitau yang dia tak pernah terlupa untuk mendoakan Syaikh Ibn Baaz seusai solatnya. Dia rasa menyesal kerana selama ini dia mengkritik ulama’ Saudi. Ibn Baaz menggunakan wangnya sendiri mendanai operasi masjid tanpa ramai yang tahu.

Semoga Allah merahmati As-Syaikh Abdul Aziz Ibn Baaz rahimahullah, seorang mufti, ulama’ dan dermawan yang juga menunjukkan jalan yang benar sebagaimana Umar radiyallahu anhu.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.