INDEX JATUH? RAMAI SIFU SENYAP JE?

I

Antara keindahan “menjala” di lautan dalam (deep ocean) adalah ketika air pasang pun kita boleh “menjala”, ketika air surut pun juga kita boleh “menjala”. Apa yang penting adalah jenis pukat atau jala yang dipakai.

Begitulah dunia trading saham. Trading (menjala) di lautan dalam (USA) dengan pukat (system) yang betul takkan terkesan dengan masalah kelembapan market (lautan). Kerana system akan adapt condition dengan pantas. Itulah guna AI, kecerdikan buatan.

Ketika indeks jatuh, pasti ada stock yang naik. Kita panggil contra index. Ketika harga stock jatuh, di USA kita boleh short. Tak dapat tuna, kita jala salmon. Jadi, trading di USA ini peluangnya lebih baik. Syaratnya system kena bagus lah!

—-

Semalam, tanpa melihat index, aku dan Nik Izwan Kamel pergi demo live trading depan sahabat dan ayatollah finance kami di Shah Alam. Disebabkan system live trade kami dah automate, sambil tunjuk kami makan durian Musang King dan pulut siam. Lepas 3 minit gitu, sistem dah dapat 2% profit. Dia auto exit. Kami keluar.

Lepas tu, kami tunjuk record sebum ini dan simulation (back test) kalau run bodo-bodo selama setahun tanpa refinement pun boleh buat profit yang alhamdulillah. Terus beliau kata,

“I setup fund manager lah! I nak jadi Warren Buffet juga. Tahun depan boleh pakai Lambo!”

Nampaknya Warren Buffet Subang Jaya, Zaiful Zamri dah ada saingan dari Warren Buffet Shah Alam lah.

—-

Dalam perjalanan pulang, Fdaus Ahmad tunjuk yang index tergolek. Aku ketawa besar, aku kasitau dia,

“Ada je stock yang counter index, kalau turun kita short lah. Aku baru je buat demo live trade tadi..”

—-

Kata guru kami yang mula,

“Yang buat duit bukan orang, tetapi system. Kerana system itu ilmu, ilmu itu dari Allah..”

😉

Mengenai penulis

1 komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.