KISAH BENAR DI SEBALIK KELAHIRAN SCRUT AUTO!

K

Amaran : Panjang tau!

Selepas SCRUT muncul Mei 2019, tahun lalu, dunia otomotif negara seakan digegarkan oleh aku dan Nik Izwan Kamel. Segala penipuan terancang yang selama ini diketahui tetapi tiada bukti akhirnya dibuktikan.

Dengan niat asal untuk suka-suka jual data auction report dari Jepun, tiba-tiba SCRUT berubah menjadi sebuah perjuangan. Sebab itu kami sering ulang dan ulang ungkapan ini,

“SCRUT lahir dari roh marhaen, masyarakat yang ditindas kapitalis dan ditipu politikus sejak zaman berzaman, jadi SCRUT adalah macai rakyat yang jiwanya bebas merdeka.”

“Takkan sesekali menjilat dan mengampu mana-mana politikus mahupun kapitalis. Kau tak suka kami bersuara? Kami tak pernah kisah. Kami ada pendirian yang utuh tanpa apa-apa kepentingan politik.”

—-

Ramai yang telah approach kami untuk berkolaborasi, nak beli, nak fund, dan nak pakai nama kami untuk tujuan marketing. Itu di pihak opportunist. Di pihak rakyat dan masyarakat pula, permintaan dan harapan mereka lebih ke arah memudahkan mereka. Seolah-olah baton kerpercayaan dan integriti itu telah diserahkan kepada kami.

Masyarakat minta kami recommend seller mana bagus, dealer mana baik. Mereka minta kami checkkan kereta mereka, minta pandangan tentang kereta yang hendak dibeli. Ada yang tiba-tiba tanya workshop dekat mana? Nak hantar inspection. Setiap harapan dan permintaan mereka satu persatu kami bangunkan.

Dari auction report Jepun sahaja, kami sudah sediakan report MOT dari UK. Tak cukup dengan itu, kami sediakan carian manual JRC (Japanese Registration Certificate) untuk kenderaan yang tidak melalui proses auction di Jepun. Tetapi kerana kosnya agak tinggi, ada yang minta kami tolong buat inspection pula.

—-

SCRUT AUTO – Dari persahabatan, idea, impian, masalah dan perjuangan.

Selepas aku pulang ke Malaysia, sebelum aku beli kereta-kereta power, aku perlukan workshop yang reliable. Mekanik yang power dan paling penting tak tipu aku. Aku dikenalkan oleh Azalan Muhamad Ali dengan Mohd Sukri Ridzuan. Azalan sedang bangunkan software impian beliau Sepana dengan kami, manakala Sukri, pemenang tangan emas Malaysia tahun 1992 (award mekanik) ialah individu yang menguruskan Scrut Auto.

Kami bersahabat baik dengan sama-sama merancang untuk membina workshop yang mengikut acuan pengalaman dan cita-cita mereka. Aku bawa mereka ke Australia untuk berdiskusi dan kumpul idea sambil-sambil melihat bagaimana orang putih menguruskan workshop indie di sana.

Suatu hari, aku dipanggil untuk menyelamatkan Stradale Auto System, tempat Sukri bekerja kerana masalah kewangan dan korupsi pengarah dan boss mereka, si Kenu @ Azhan. Kami terpaksa mengambil alih Stradale. Macam-macam drama dibuat oleh boss lama mereka, budak yang bangga sangat dengan sekolah dia, MCKK tu. Kes korupsi dia masih diteruskan dan aku terdengar berita terbaru, dia pukul polis dan sedang didakwa pula. Macam-macam hal dia ni..

—-

Dengan masalah ini, penubuhan workshop kami dipercepatkan dalam keadaan kami kurang bersedia kerana masih sibuk membina AIRE, AI system untuk technical analysis. Tapi, demi persahabatan, kami jalan terus. Kenapa nama SCRUT AUTO dipilih? Ia adalah cadangan dari seorang pengguna SCRUT untuk kami menubuhkan Inspection Center.

Impian SCRUT AUTO sangat besar. Selain memberikan peluang pekerjaan, kami menyusun agenda career path untuk para pejuang (pekerja) di bawah bumbung SCRUT AUTO supaya mereka boleh terus maju dan berkembang. Kami akan mendidik dan mengangkat martabat para pekerja teknikal dalam idustri ini menjadi profesional. Itulah impian sahabat-sahabat kami yang kami sedang usahakan. Tolong doakan kami.

Jadi selepas ini, korang yang tinggal di KL bolehlah support SCRUT AUTO yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Nak repair, nak servis dan nak buat inspection. Boleh ke sana. Boleh buat booking terus slot di :

https://sepana.net/b/ghvnA

Lepas ini, kalau nak beli kereta, nak mendapat kepastian dan pandangan profesional SCRUT, boleh bawa kereta ke SCRUT AUTO. Otai-otai kami dah design SCRUT INTEGRITY INSPECTION (SII) untuk 120 points dan servis OBD. Kami akan memberikan gred dari hasil inspection kami. Kalau check dekat Scrut.my kata no data, still minat dekat kereta tu, bawa ke SCRUT AUTO untuk buat SII. Kalau salesman atau broker tak bagi bawa, kau jangan beli kat dia. Recond atau used car, bawa untuk SII. Kalau kereta dia bagus, kenapa dia nak takut kan?

TAPI!!!

Kalau korang nak jimat lagi kan. Taknak beli report dekat Scrut.my atau buat SII. Kau boleh tengok kereta-kereta dekat SCRUT Listing lah. Kau tekan sini www.scrut.my/listing. Kereta-kereta yang berjaya masuk listing kami adalah kereta-kereta yang ada Auction Report dari SCRUT atau SII. Jadi, boleh dipercayai insyaAllah.

Tolong doakan kami dan terus menyokong kami ya kawan-kawan!

Get SCRUT before YOU get SCREWED!

SCRUT for the TRUTH!

—-

#HEILB40M40
#POM

Mengenai penulis

1 komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.