Ini Berocca, minuman Vitamin C yang Tun M minum katanya kasi umur panjang tu!
Aku minum seminggu 3-4 kali je. Tapi yang jenis performance. Tak minum yang biasa-biasa. Jenis performance ni menjadikan kau lebih liar katanya.
Berocca ini juga tiada cop halal JAKIM. Tapi ia halal. Sebab usul fiqh muamalat menyatakan asal sesuatu adalah harus melainkan dibuktikan sebaliknya.
Aku check ingredient, zahirnya semua tiada yang haram. Maka tiada bukti ia haram. Jadi Berocca ini harus dan halal. Katalah, ada orang claim ada bahan terlarang, haram. Ia boleh jadi khilaf. Siapa kata haram, dia jangan minum, siapa kata harus, dia minum. Takyah gaduh-gaduh. Ini hal furu’, ada bab istihalah dan istihlak. Ah, panjang aku nak huraikan. Nantilah!
Perkara muamalat ini banyak furu’ dari usul. Sebab itu syariat meluaskan dan menyempitkan. Sepanjang aku tinggal di Australia hampir 10 tahun. Aku tak cari makanan halal. Aku cari makanan haram. Aku kenal makanan haram.
Ya, dah tahu haram. Aku tak makan. Aku tak pergi. Masa aku nak fly dulu pun pegawai JAKIM yang ajar tengok ingredient. Kalau korang mat cop halal JAKIM, korang jangan travel oversea. Jangan juga ke pasar malam.
Dekat pasar malam, rasanya 99% penjual makanan tiada cop halal JAKIM!
Kan?
Mana nak dapatkan Berocca Advance ni? Boleh check dekat Ifmal di www.ifmal.com. Aku selalu booking, barang panas, siapa cepat dia dapat. Aum!