INI CONTOH PEMIKIRAN YANG TIADA EMPATI!

I

Begitulah dunia ini. Akan ada penjilat kezaliman dan pemikiran menindas yang tiada empati.

Aku menceritakan kisah kawan aku yang tiba-tiba dituntut lagi kononnya terkurang bayar. Walhal dia menjaga ibu ayah yang sudah uzur, maknya bedridden, 4 orang anak dan seorang anak OKU.

Mamat ni datang bagitau dia ada kawan yang zuhud hidup naik moto je. Apa motif dia nak cerita kawan dia zuhud? Mungkin nanti kalau kawan dia yang zuhud kena langgar dia akan kata kawan dia kedekut sebab mampu tapi taknak naik kereta.

Zuhud itu pilihan. Nabi SAW tak pernah menyuruh Uthman RA menjadi seperti Umar RA yang zuhud, baju bertampung. Uthman sentiasa kemas dan bergaya, baju cantik dan baru. Nabi faham setiap manusia ada style masing-masing.

Di zaman salaf juga sama. Imam Abul Jauza’ rumahnya besar. Ada anak muridnya tanya kenapa dia berumah besar, kenapa tidak zuhud. Dia jawab mudah, itulah cara dia bersyukur atas rezeki yang Allah limpahkan kepadanya. Zaman itu takda cukai sampai 20%*. Hanya zakat 2.5%*.

Orang seperti ini akan sentiasa wujud tanpa empati. Sudah panjang lebar aku explain, kita mana tau apa yang jadi kepada dia. Mungkin masa dia beli rumah yang selesa itu mak dia sihat lagi, belum dapat anak OKU. Dia tidak kira, dia hanya kata orang itu nak berlagak. Mudah.

Yang patut kita persoalkan adalah kewajaran cukai yang tinggi dikenakan kepada orang yang menjadi bread winner menjaga ibu, ayah, isteri, anak-anak dan anak OKU. Wajarkah?

Orang itu bekerja adalah untuk keselesaan keluarga dia. Tapi dirompak oleh cukai sebelum cukup haul dan nisab. Kemudian diminta lagi kerana tak cukup katanya. Tanpa mengambil kira kehidupan yang dia sedang lalui.

Pemikiran sebegini adalah perangai kangkung. Ayam mahal, siapa suruh makan ayam? Makan Kangkung! Nak berlagak apa makan ayam waktu mahal. Kalau kau hantar anak kau ke hospital swasta, dia akan kata dah tengah susah tu kenapa hantar ke hospital swasta, nak berlagak?

Walhal orang itu bukan minta sedekah. Bukan minta derma. Bukan minta public donation. Macam cerita kawan aku ini. Bukan dia yang tulis, aku yang tulis. Sebab aku yang geram.

Kalau gaji bersih dia lebih kurang RM10k*, maknanya PCB dia lebih kurang RM2k* telah dirompak daripada dia. Sepatutnya kita menyalahkan cukai yang merompak hak dia.

Boleh sahaja RM2k* itu direfund semula kepada sesiapa yang menjaga ayah dan ibunya, menjaga anak OKU. Paling tidak pun kasilah refund sikit, bukan tuntut lagi. Isunya ada tuntutan lagi konon tak cukup. Faham?

Mungkin untuk orang yang hilang kerja seperti pilot dan stewerdess, dia akan cakap. Itulah, siapa suruh pilih jadi pilot dan stewerdess. Nak berlagak? Kenapa tak jadi driver lori dan kelidan lori je. Sampai hari ni ada job. Kalis covid. Kan?

So siapa setuju dengan pemikiran lelaki ini?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.