INI GURU AKU..

I

Dah lama aku nak ziarah guru aku yang satu ini. Hari ini aku dapat peluang sebab aku sudah berada di Perlis. Beliau juga bersungguh mahu bertemu aku. Bulan lalu, beliau call aku.

Beliau datang ke hotel tempat aku tinggal, bawa aku ke kedai kopi favourite beliau di Perlis, Ngopi Kangar. Boleh tahan orang tua ni punya taste beb. Kedai kopi hipster!

Beliau kelihatan makin tua, nampak raut wajah yang sudah uzur. Tapi masih bersemangat bersembang dengan aku. Macam biasa, beliau sentiasa dengan jubah putih dan kopiah. Kekal dengan karisma seorang ulama’.

Mutiara ilmu dan hikmah aku kutip walaupun tidak lama. Macam biasa, aku ceritakan sahaja apa yang aku sedang buat dan pandangan-pandangan aku. Aku tau, dia sentiasa ingat aku walaupun akulah anak murid yang paling hampeh yang dia ada.

Semoga Allah merahmati beliau, As-Syaikh al-Muhaddith Dr. Mohd Radzi Othman hafizahullah. Aku doakan beliau diberi umur yang panjang, kesihatan yang baik dan keluasan rezeki.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.