INNOCENT UNTIL PROVEN GUILTY?

I

Sejauh mana kalam ini praktikal untuk digunakan dalam kehidupan seharian?

Sebenarnya kalam ini juga adalah mantera keramat yang digunakan oleh scammer-scammer di seantero dunia.

Tiada berita Tok Belagak, Ustaz Norsham dan Boy Iman didakwa dan disabitkan bersalah menjalankan aktiviti scam di mahkamah. Adakah mereka semua bukan scammer?

Azizan Osman yang diketahui menipu credential PhD sehingga 7 PhD palsu dikantoikan. Juga tidak pernah disabitkan bersalah menipu credential. Adakah dia tidak menipu?

Addy Kana, Nicky Liow, Uncle Kentang dan ramai figura-figura yang terkenal dicop scammer juga tidak pernah disabitkan bersalah di mahkamah. Adakah mereka semua ini innocent?

Kalau begitulah sifirnya. Seronok segala penyamun dan penjahat yang terlepas daripada dakwaan scammer, pembunuh dan perogol.

Sebagai contoh, kita ada kawan-kawan. Kita kenal kawan-kawan kita. Ada yang memberi rasuah, ada yang menerima rasuah. Ada kaki zina, ada kaki mabuk.

Adakah mereka bukan perasuah, penzina dan pemabuk jika tidak disabitkan di mahkamah? Ya, mungkin dia tidak disabitkan bersalah. Tetapi kita tahu siapa mereka. Kalau kita yang nampak tak report bagaimana mereka boleh disabit.

Kita takda kuasa nak menyiasat dan mendakwa. Kalau yang menyiasat itu lebih kurang, yang mendakwa pun main-main. Maka pesalah boleh dilepaskan. Walhal kita memang tahu dia bersalah. Macam kes Lim Guan Eng dan anak Vincent Tan yang dilepaskan Tommy Thomas. Nak kata mereka innocent until proven guilty?

Itu sebablah mangsa atau mereka yang tahu cerita, jangan bising-bising mesej aku saja. Pergi buat laporan polis. Mengamuk dan buat bising. Cerita dekat aku takda guna pun.

Aku mungkin ambil tindakan sebagai whistleblower just for the sake of menjaga kemaslahatan awam supaya tiada lagi orang lain menjadi mangsa. Itu pun aku mungkin boleh dikenakan saman fitnah.

Aku setuju teori innocent until proven guilty. Tetapi aku tidak setuju sepenuhnya. Ia ada konteks dan matlamat yang lebih detail. Bukan umum dan terbuka sebegitu saja.

Tapi kalau nak tunggu mahkamah kasi verdict dulu sebab innocent until proven guilty. Memang syoklah segala penyamun dan penjenayah buat kerja. Kalau nampak scammer skim ponzi itik buat kempen di kawasan rumah, kau tak boleh sergah dia untuk mencegah,

“Hoi scammer, apa lagi kau nak menipu ha?”

Sebab scammer akan jawab..
“Bro, innocent until proven guilty bro! Pergi report polis. Nanti polis akan jalankan siasatan. Pendakwa kena buktikan ada prima facie ke tak. Kalau ada, hakim akan suruh saya bela diri. Kalau hakim tak jatuhkan hukuman bersalah. Saya akan saman fitnah awak!”

Kau pun terpaksa tutup mulut sebab taknak buat presumption of innocence kononnya innocent until proven guilty. Maka berlambaklah orang kena scam ponzi itik tu.

Itu sebab dalam hal-hal scam ni, aku lebih suka dengan teori,
“Accusation is not guilt, denial is not innocence.”

😜

#itiksontot

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.