1. Seorang doktor pakar jantung, lelaki, sedang didakwa di mahkamah, atas tuduhan cabul.
Korang nak ke hantar isteri atau anak perempuan korang pergi berjumpa dia.
Dia belum disabitkan bersalah di mahkamah lagi kan?
2. Seorang cikgu lelaki yang diketahui umum suka melucah, pervert, mencarut dan merapu di media sosial.
Dia tidak pernah didakwa dan disabitkan bersalah di mahkamah.
Korang nak ke hantar anak-anak korang pergi tusyen di rumah dia?
3. Seorang ustaz yang telah tersebar video-video dia melakukan amang seksual terhadap wanita-wanita.
Korang nak ke hantar anak isteri korang ke program motivasi dia?
Dia juga masih belum disabitkan bersalah di mahkamah.
4. Seorang lelaki yang tidak bekerja, makan duit bini, telah tersebar bukti-bukti dia menunggang asnaf dan NGO untuk kepentingan dia. Segala projek tidak pernah diaudit.
Korang masih nak percaya dia? Nak deal business dengan dia?
Dia masih belum disabitkan bersalah di mahkamah.
—-
Tepuk dada tanya diri sendiri. Kalau korang ada IQ dan EQ yang baik korang tau apa nak buat. Kalau korang ada #MindaSkeptikal, korang akan menjauhkan dan mengelakkan diri daripada dekat atau deal dgn mereka-mereka di atas.
Betul tak?
Itu sebab Ustaz Madi pun berjaya tipu ramai orang kan? Sebab mahkamah tak putuskan Ustaz Madi bersalah lagi kan?