Islamic Finance

I

Dulu gua tak yakin sangat dengan kaedah Islamic Finance. Gua anggap sama saja dengan conventional cuma adjust aqad saja.

Baru-baru ini gua telah cuba apply Islamic Finance untuk membeli sebuah kereta. Disebabkan gua selama ini membeli rumah dan kereta secara cash, maka gua takda credit rating. Jadi gua malas nak try.

Disebabkan enjin kereta gua telah blow baru-baru ni. Malas nak pakai kereta 2nd hand, gua contact kawan gua di Honda. Dia cakap dia boleh tolong. Islamic Finance pun sudah bagus. Gua gelak sini kata,

“Islamic la sangat..”

Gua masuk showroom Honda, takda sorang pun salesman menyapa gua. Cis, mentang-mentang gua tak pakai tie. Sorang pun tak layan gua. Tapi gua chill, terus redah office manager.

Manager sapa gua macam gua taiko besar. Manager tu kawan gua anyway. Baru salesman duk usya gua. Long story cut short, gua agree nak angkat sbijik. Bukan sebab gua suka Honda, tapi sebab kawan gua kat situ.

Gua bayar booking, submit details. Then esoknya kena call dengan bank interview. Banyaklah soalan dia seperti dijangka, sebab gua takda credit rating. Minggu depannya, dia panggil datang sign agreement. Gua cakap nak tengok kontrak 1 per 1.

Gua tak perlu guarantor, tapi gua kena submit cert gua. Masa hari nak sign agreement tu, gua tanya kasi confirm, diorg markup 2.7% saja ka? Dah takda range between X% to Y% depends kat BLR?

Banker tu kata dah takda. Fixed markup rate. Gua amik calculator, kira balik bayara sewaan setiap bulan, tak lari. Gua rasa oklah menurut konsep sewa beli yang gua paham dan pegang.

Antara masalah banker adalah mereka suruh gua sign saja. Gua bantah, gua ajak dia sama-sama sign. Baru jelas aqad gua dengan wakil penjual. So, proses berlangsung almost sejam, sebab gua baca 1 per 1 terms dia. Dia sign, gua sign. Gua sign, dia sign ikut turutan kontrak. Sampai selesai.

Hari ini gua tarik balik pandangan Islamic Finance adalah tindakan tadlis kepada Conventional Finance.

Honda The Power of Dream!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.