ISU FASHION VALET – RM4.2 JUTA DIVIDEN KEPADA FOUNDER. WAJARKAH?

I

(Jawapan kepada penjilat yang masih tegar menjlat..)

Penjilat 1 terus delete posting.
Penjilat 2 buat posting cerita pasal company aku, lepas tu koyak rabak. Kantoi taik geran juga.
Penjilat 3 ungkit pasal pernah tulis pasal SCRUT walhal waktu itu, dia ride isu tu takda tanya aku pun. Kenapa taknak tulis pasal buat software write off RM2 juta lebih tu.
Penjilat 4 ulang script lama hanya tengok mini SSM report je. Slurrpp and slurrrpp..

Penjilat-penjilat lain, slurrpp..

Dah jangan nak jadi banganglah bandingkan dengan aku dan company aku. Aku tak berniaga pakai duit rakyat. Aku nak merompak duit company aku ke. Aku buat tax planning ke. Aku nak buat apa dengan duit aku, aku punya suka. Eh, Fashion Valet tak untung-untung, macam mana nak bayar cukai dan bayar pulangan pelaburan kepada badan pelaburan kerajaan yang mewakili rakyat?

Begitulah manusia apabila dah kantoi bodoh dan malu. Taknak tarik hand brake. Twist selagi boleh twist. Pulas fakta selagi boleh. Jilat selagi tak kering. Takpa, mungkin nanti boleh ziarah di masa akan datang.

Mula-mula korang nak kena faham. Aku juga seorang usahawan IT dan startup, peniaga dan aku juga ada kawan-kawan dalam PNB, Khazanah, agensi-agensi dan badan-badan pelaburan kerajaan. Muka aku ada, aku tak pakai topeng penakut walaupun iron man.

Company aku orang tau. Aku berniaga pakai duit aku sendiri. Aku bukan anak dato atau menantu dato. Aku tak dapat geran atau dana pelaburan awam. Aku tak kaya dan tak tunjuk kaya bermewah-mewahan.

Aku tidak membenci Fashion Valet, aku juga tidak memusuhi founder-founder mereka. Awalnya aku hanya mengulas tentang cara business mereka. Jadi viral bila orang kutip tulisan lama aku untuk dipakai ketika founder mereka menghina B40 ketika awal pandemik dahulu. Kemudian bila ada yang mempertikaikan pandangan aku. Maka kajian makin mendalam.

Pandangan dan ulasan aku adalah berdasarkn data, fakta, pengalaman dan perjalanan aku berniaga. Dilobi oleh broker-broker yang ada connnection besar di badan-badan pelaburan kerajaan. Aku pun tidaklah bodoh untuk tidak faham.

Penjilat-penjilat yang buat tulisan menjilat pun tidaklah bebal sangat sampai berani nak mengatakan tiada korupsi, birokrasi, kabel dan elemen rasuah dalam setiap dana yang diberikan. Takkan taktau biasanya yang dapat ni terpaksa entertain sub-interest orang-orang tertentu. Tau kan? Kalau ya, kau memang bebal! Eloklah jadi penjilat kapitalis perosak negara!

Pasal aku hanya tengok mini report SSM sahaja itu pun satu tuduhan yang dah takda modal. Kalau aku tengok mini report je. Macam mana aku boleh tahu,
1. Ada write off buat software RM2.4*m burn gitu je.
2. Director fee naik walaupun company rugi makin banyak.

Penilaian aku bukan sekadar daripada annual report. Tapi juga pemerhatian aku dari banyak faktor. Maklumlah, aku ni kan rakyat marhaen. Mestilah aku sayang melihat duit puluh-puluh juta dilacurkan sebegitu sahaja. Ya, jumlah itu terlalu sedikit buat badan-badan pelaburan kerajaan. Tapi, rugi tetap rugi. Kalau diberikan kepada anak-anak muda dan startup, ramai yang dapat manfaat seorang sedikit.

Kita mulakan dengan apa yang trigger aku. Apa yang mula-mula trigger aku adalah lifestyle dia mewah dan tunjuk kaya. Tapi company rugi teruk. Dan company ada dana awam yang masuk melabur. Takkanlah kita nak biarkan budaya “sakau dana gomen” terus didiamkan?

Kemudian aku melihat siapa ayah-ayah founder-founder ni. Wow! Anak dato dan anak dato. Seorang anak dato yang ada pengaruh, yang pernah ada IPP. Seorang lagi anak dato yang penuh kontroversi dengan skim pelaburan.

Mereka orang kayangan. Kabel kayangan. Merak kayangan. Tapi balon juga duit rakyat. Itu pun takpa. Mungkin marhaen macam kita-kita ni tak pandai meniaga. Bagi dia meniaga. Mana tau ada untung, dividen untuk ASB naik la sikit kot. Kan? Tapi malangnya rugi, rugi dan rugi.

Jangan nak ceritalah budak-budak dalam badan pelaburan rakyat itu terer sangat. Diorang pun tak pernah berniaga. Diorang pun manusia. Makan komisen juga. Ikut arahan. Yang penting, korup itu ada. Tengoklah Jalil Rashid scam CV pun boleh jadi CEO PNB. Apa kau nak expect yang lain?

Kalau company rugi, dia struggle, dia pun tunjuk tengah strive, kita fahamlah. Tapi company rugi dia masih joli. Main salji dengan beg Channel, tunjuk rumah baru nan mewah. Pakai Hermes. Dia pakai bag brand dia untuk letak lampin dan botol susu anak je. Dia sendiri pun takdalah bangga sangat dengan brand dia.

Maka ia memberi aku signal. Something not right. Itu yang aku SCRUT in details. Elaun director makin naik dan kerugian-kerugian yang tak significant direkodkan dalam laporan audit. Itu yang direkodkan. Yang didiamkan? Yang disorok?

Kemudian kos renovation beberapa outlet-outlet Fashion Valet yang tinggi. Kemudian ditutup tanpa rasa bersalah. Kenapa sebuah syarikat yang mula-mula pitching dan berdeskripsi sebagai online boutique sibuk nak create cost buat outlet yang kita tahu menelan belanja yang tinggi dan opex yang sangat mahal. Kenapa?

Ada orang berhujah dulu diorang ada jenama Duck yang untung. Lilit kita abaikan, ia memang bawah Fashion Valet. Untuk pengetahuan korang. Dulu Duck is not belong tu Fashion Valet. Ia purely milik mereka berdua. Mereka director, mereka shareholder, dan mereka vendor kepada Fashion Valet. Mana Duck dapat duit nak naik kalau bukan daripada Fashion Valet. Dekat mana Duck jual banyak dulu kalau bukan Fashion Valet. Siapa control Fashion Valet? Jangan noob sangat guys..

Korang dah tertanya-tanya dalam diri korang kan, berapa gaji founder-founder dekat Duck pula? Apa lagi privilage yang cover dia dekat sana? Berapa director fee mereka? Mungkin korang dah mula terfikir. Entah-entah vendor-vendor product dan servis pun proksi-proksi untuk cashout kan? Korang boleh dapatkan annual report untuk melihat data-data yang sepatutnya ada. Yang takda, korang kena guna otak. Bukan semua benda kena direcordkan. Penuhlah audit report tu. Kau nak baca pun muntah nanti.

Fashion Valet beli Duck! Duck ni nama company dia 30 Maple. Latest audit dah rugi. As expected. Tapi berapa value Duck Fashion Valet beli? Aku bagi teka-teki. Minta penjilat-penjilat pergilah study..

Dia macam nilah. Ifcon Technology aku yang rugi tapi tak gunakan duit rakyat tu, beli Ifmal yang untung dan tak guna duit rakyat tu. Syarikat aku beli syarikat aku juga. Bezanya dalam BOD aku, takdalah orang Khazanah, PNB, dan investor lain. Puak-puak yang jadi wakil ni, apa dia kisah sangat, bukan duit dia, duit bapa dia. Mungkin banyak benefit dia dapat duduk dekat seat director tu. Bezanya dalam Fashion Valet ada duit rakyat.

Fashion Valet bayar Duck, siapa yang untung? Rakyat? 😜Sebelum Duck dijual kepada Fashion Valet, founder Duck telah ambil dividen sebanyak RM4.2 juta. Rujuk foto 1. Siap interim ok! Taknak tunggu audit report keluar dah tau. Aku juga dah highlight beberapa insignificant expenses Fashion Valet. Rujuk foto 2.

Itulah teori yang aku sebut dalam posting sebelum-sebelum. Orang main geran dan vc kerajaan ni nak cashout je. Yang pasti kaya, dia. Tapi para penjilat boleh tolong justify lagi. Nak tunggu lagi 3 tahun ke, lagi 10 tahun. Takpalah. Nanti kita boleh datang dari masa hadapan lagi!

Ohya, nak check updated info pasal Fashion Valet dan Duck (30 Maple), bolehlah ke SSM or ke Interepo (www.interepo.com). So, siapa kata wajar mereka ambil dividen sebanyak itu, silakan. Siapa kata tak wajar silakan. Benda legal kan? Biasalah, pelaburan kan ada untung rugi!

Kah kah kah!
Teruskan menjilat! Slurrrppp..
Jangan lupa, Khazanah dan PNB tak melabur dekat www.ifmal.com tau. Kalau korang nak invest, click-lah!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.