ISU YYCC – NASIHAT BUAT MASYARAKAT

I

YYCC (Yuseri Yusoff Community Channel) ini ditubuhkan oleh ayah kepada arwah Baby Syifa. Aku taktau entiti ini berdaftar dengan mana-mana agensi pendaftaran negara pada awalnya.

Setelah aku cuba menderma, nama akaun yang keluar adalah sebuah syarikat bernama Captegis Sdn. Bhd. yang bukan milik YYCC. Ini betul-betul meyakinkan pendirian aku yang YYCC ini ada masalah. Cuba korang check dekat www.interepo.com. Nama siapa keluar?

Alarm #mindaskeptikal aku telah bermula terhadap YYCC ini lama dah. Itu sebab apabila ramai tag aku untuk tolong isu Baby Syifa ni, aku rasa tak sedap hati. At the first place, aku memang menyokong sepenuhnya perjuangan ayahnya. Bahkan aku pernah secara terbuka menyatakannya. Lawan! Lawan sampai menang!

Aku ini ada kerja. Bukan takda kerja punya orang. Aku bukan aktivis NGO yang mengutip derma. Jadi bukan semua isu aku kena terlibat. Jangan samakan adik Bella dengan Baby Syifa. Adik Bella sebatang kara, tiada yang membela. Baby Syifa ada ayah dan keluarga yang hebat-hebat. Jika ada politikus atau jabatan kerajaan yang bangkit bersuara untuk adik Bella, sudah pasti aku tak perlu terlibat.

Apa yang aku untung berjuang ni? Peguam-peguam dalam team #JUSTICEforBELLA la kot untung, jadi terkenal, dapat banyak job. Business aku macam biasa je. Rugi lagi ada sebab kena saman dengan setan-setan belah sana tu. Ramailah suruh aku buka tabung. Kan aku dah kata, aku akan buka tabung lepas tulang empat kerat aku dah tak berfungsi je. Itu pesan mak aku.

Aku dah pernah sebut banyak kali, sesiapa yang run NGO fulltime, hidup atas NGO. Jangan percaya. Nak buka NGO, mesti kena ada kerja tetap dulu! Nak SCRUT NGO, SCRUT tauke dia dulu. Itu sebab aku pernah bertanya Yuseri Yusoff (YY) tu kerja apa? Sebab aku tengok dia steady. Dengan motor besar, dengan fotographer, ada orang ambil video level Akmal SK. Semua tu cost kot. Kan?

Selepas aku tau dia collect duit derma. Aku terus tersenyum. Dah agak dah. Lepas tu ada projek-projek tolong orang lain sekali. Raise fund juga. Baru-baru ni dengar dia jadi broker atau consultant legal pula. Aduh, kenapa korang nak tanya YY? Dia bukan peguam. Tanyalah peguam direct.

Peguam dia Hafiz Norkhan tu aku pernahlah jumpa. Dulu biasa-biasa je. Naik Honda, rambut hitam, office pun entah kat ceruk mana. Staff berapa orang entah. Hari ini, aku tengok rambut dah oren super saiya, pakai Mercedes, dah renovate office baru. Mungkin dah masyuklah. Banyaklah kot YY bawa masuk job. Pada aku, dia peguam, dia buat kerja dia. Tak boleh salahkan dia. Cuma deal dia dgn broka dia, kita taktau berapa %.

Ada orang hantar screenshot yang Hafiz dah tinggalkan YY. Aku taknak ambil taulah pasal tu. Itu hal mereka berdua. Cumanya baru-baru ini, ada seorang wanita mengamuk-ngamuk minta refund-lah, kata ditipulah. Ramailah orang tag aku. Message dan kawan-kawan forward itu ini.

Aku nak ucap takziahlah kepada sesiapa yang menjadi mangsa atau rasa menjadi mangsa mana-mana broker peguam ni. Cuma aku nak kasitau, broker-broker ni boleh cari makan sebab masalah masyarakat yang tiada otak. Tidak ber#mindaskeptikal. Taknak #SCRUTdulu. Bila terkena, baru nak tanya, nak bising-bising. Tapi, jika rasa telah dizalimi, lawanlah. All the best!

So, lepas ni direct ke peguam! Aku tau Semboyan dan PPIM pun berniaga camtu. Kenapa taknak straight je ke peguam? Nah, aku senaraikan peguam-peguam dalam team #JUSTICEforBELLA. Ada yang senior, ada yang junior. Ada yang mahal, ada yang murah.
1. Mahmud Jumaat
2. Haziq Subhi
3. Akmal SK
4. Megat Syazlee
5. Dato Khairul Anwar Rahmat
(Korang search la sendiri)

Nasihat aku kepada YY. Aku bersimpati sepenuhnya terhadap apa yang berlaku terhadap anaknya. Aku harap dia terus melawan untuk kes anaknya sahaja. Cumanya jangan tunggang kes anak untuk cari makan. Tulang 4 kerat masih berfungsi tu, pergilah kerja.

Aku tak rasa anak aku akan gembira sekiranya dia tahu kisah deritanya dijaja untuk mendapatkan dana kewangan untuk kepentingan orang lain. Bahkan, anak aku pasti kecewa kerana kisahnya ditunggang untuk kesenangan orang lain.

Kalau nak buka NGO, buka betul-betul. Kalau nak tolong orang, pakai duit sendiri. Kalau kutip duit orang, jangan “tap” servis untuk kita makan. Itulah prinsip asas nak tolong orang. Kalau tak mampu tolong diri sendiri, jangan tolong orang lagi.

Nasihat aku buat masyarakat,
“JANGAN JADI BANGANG!”

😜

ps foto di bawah :
1. Semakan di web YYCC.
2. Screenshot yang dihantar oleh seorang kawan.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.