PEGUAM YYCC, HAFIZ NORKHAN SAH TINGGALKAN YYCC!

P

Semalam, peguam YYCC, Hafiz Norkhan telah menghubungi aku. Dia telah mengesahkan yang dia telah tinggalkan YYCC dan berhenti menjadi peguam Baby Syifa.

Sebelum ini, ramai yang macam confirm tak confirm kerana peguam ini kelihatan diam membisu tanpa apa-apa komen di wall-nya untuk menyatakan pendirian. Yang ada hanya screenshot whatsaap yang diviralkan.

Kata seorang teman,
“Biasalah, mana berani dia nak bersuara, banyak dah kot job dia dah dapat. Dia cuma nak mangsa tak kaitkan dia je. Kalau dia betul-betul telus dan jujur, dia sendiri akan buat laporan polis dan buat kenyataan terbuka dan rasmi.”

Aku terfikir. Betul juga kan. Tapi, pada aku, kira oklah. Kita nak expect apa. Setiap orang ada cara menjaga kepentingan diri. Walaupun aku sangat berharap dia benar-benar telah menjadi Super Saiya setelah rambutnya bertukar jadi oren!

Ini kali dia sendiri yang mesej aku. Aku mengesahkannya. Cumanya kalau benar-benar ada prinsip dan lebih berani, nyatakan pendirian dan alasan secara jelas supaya masyarakat tidak terus terperangkap. Aku rasa itu lebih baik, lebih gentle.

Nyatakan dengan jelas apa prinsip yang YY langgar dan kenapa bersama-sama dengan Ain. Adakah apa memang Ain kata pasal YY itu benar? Aku suka apabila peguam itu sebut pasal prinsip. Cumanya takkanlah sekadar berkata.

Sebelum-sebelum ini peguam itu telah seolah-olah dijadikan wajah marketing untuk YYCC secara tidak langsung. Dengan video-video “gempak” YYCC yang penuh semangat, dengan video-video “slowmo macam atas bulan” ke court. Kau ingat senang peguam-peguam nak masuk dalam video kau berdrama?

Rasanya kenyataan rasmi dan terbuka peguam ini akan mematahkan segala rakaman gambar dan video yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan “broka” yang YYCC lakukan menggunakan wajahnya.

Membaca mesej peguam ini, terasa semangat dalamannya yang membara. Benarlah kata kawan-kawan peguam aku, Hafiz dipanggil Bara di UIA. Aku harap dengan bara ini, akn terus membakar menjadi api yang marak membakar segala kebejatan kumpulan yang menunggang kesusahan orang lain di atas nama undang-undang!

Lawan Hafiz!

Jangan terus jadi bara je, takkan nak buat bbq je? Sekali sekala bangkit dan membakarlah!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.