JADILAH SEPERTI FYNN JAMAL DAN DR. MALAR, JANGAN JADI SEPERTI ARTIS SENDU ITU..

J

Kata Kakngah aku,
“Kalau betul nak berjuang, jangan menyusahkan orang, jangan ganggu orang lain, jadi macam Dr. Malar dan Fynn Jamal, dia datang court, dia tulis, dia kena komital, dia tanggung sendiri. Baru betul pejuang!”

Setakat ini, aku, Fynn Jamal dan Dr. Malar telah disahkan menerima surat daripada peguam belah sana untuk mengkomitalkan kami. Apa persamaan kami, kami bukan artis sendu yang gila credit, bukan penghina Nabi, bukan juga pencaci suami.

Persamaan kami mungkin reach kami tak sendu. Meletup dan pergi jauh. Kami tak ganggu orang, tak kacau pejuang-pejuang lain, tak sibuk nak claim credit, tak gila nak cakap pasal team dan keahlian #JusticeForBella. Kami jalan sendiri, kami tanggung sendiri.

Pada aku, mereka juga sebahagian daripada team #JusticeForBella walaupun mereka baru muncul. Bahkan aku rasa mereka ini berani, ikhlas dan jujur dalam berjuang.

Tak perlu nak claim kenal orang itu, orang ini, jual nama raja sana, tengku sini. Buat saja kerja, kalau jadi, alhmdulillah. Tak jadi, tanggungjawab dah dijalankan. Siapa nak tolong, silakan. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.