JANGAN APPLY, AWAK TAK LAYAK!

J

Aku dah tulis panjang-panjang, aku dah buatkan sistem untuk separate-kan interest, skill dan pengkhususan. Baca dan apply jelah.

HR akan saring. Ada rezeki, HR akan panggil. Sembang sana apa skill kau ada dengan team interview nanti. Jangan suruh aku plak entertain kau.

Lagi 1, as a programmer, tolonglah jangan tanya apa language. Real programmer never bother about language. Programmer ni kena self taught. Letak jelah apa language kau biasa pakai.

Takkanlah gaji level RM5,000 semua benda aku kena suap, takda common sense, tak boleh faham apa yang aku cuba sampaikan. Aku rasa memang kau ada masalah.

Jadi, aku kasitau siap-siap, kalau masih ada jiwa makan suap, single limited language/tools mentality, tak independent,

JANGAN APPLY, KAU TAK LAYAK!

So, cantikkan CV, tulis segala skill, language technology stacks kau pandai, submit je dekat..
https://jobs.panglima.org

Aku pun taktau apa language dan apa technology stack yang diorang akan pakai. Sebab depends dekat project. So, budak-budak HR nanti akan sorting-kan ikut project-project yang sesuai dengan CV kau.

Aku kan tolong kawan-kawan aku sourcing je. Cumanya aku dah negokan siap-siap supaya minimum wages first tier pun dah RM5,000. Mungkin sikit untuk sesetengah orang. Mungkin aku tersilap..

😉
😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.