JANGAN BERKIRA DENGAN MAJIKAN!

J

“Lepas habis kerja, lepas jam 5 atau 6 jangan jawab panggilan office atau boss. Jangan tengok phone kerja, jangan reply mesej boss atau majikan, rakan sekerja. Jangan reply customer.”

Inilah ajaran sesat lagi menyesatkan yang datang dari orang loser. Orang yang dah berjaya tahu, the harder you work, the better the outcome. Tengok contoh di bawah, Jack Ma kata diorang work much harder. Kalau tengok video-video lama diorang, diorang sampai tidur office bertahun-tahun. Payback dia? Tengok how big Alibaba sekarang.

Rule no 1 : Jangan berkira dengan majikan.

Kalau kau berkira dengan majikan, nanti majikan berkira balik dengan kau. Baru kau tau. Jika perkara ini berlaku, kau takkan happy bekerja. Dekat mana pun kau kerja, kau tak boleh berkira dengan majikan atau boss kau. Kalau kau sendiri selfish, kau jangan expect orang lain tak selfish balik.

Rule no 2 : Boss kau ialah boss kau masa kerja, kawan dan family kau lepas waktu kerja.

Lepas waktu kerja. Kalau kawan kau mesej/call kau angkat tak? Family kau mesej/call minta tolong, kau tolong tak? Begitulah, selepas waktu kerja, jika majikan/boss kau call atau minta tolong, ia adalah kawan dan family kau yang mesej/call yang minta tolong.

Rule no 3 : Kejayaan syarikat adalah kejayaan bersama.

Kau kerja kuat, bawa balik kerja di rumah. Itu bukti kau komited dan rasa belonging dengan kerja kau. Itu bukti kau pekerja yang baik. Itu bukti kau boleh claim kejayaan syarikat adalah kejayaan kau. Masa aku kerja di Australia pun aku bawa balik kerja ke rumah juga, di UK pun sama, di Abu Dhabi pun sama. Itu biasa.

Rule no 4 : Think like a boss, work like a bee.

Ini falsafah aku ketika makan gaji, boss lama aku ajar. Sebab itu masa aku makan gaji, aku sentiasa fikir nak bagi majikan aku penjimatan tetapi high productivity. Kerja dan idea yang boss suruh aku cuba siapkan waktu kerja. Idea aku, aku buat lepas waktu kerja, weekend. Aku selalu kejar boss aku untuk present idea aku dengan result yang aku dah simulate. Dia terima alhamdulillah, dia tak terima aku senyum je.

Kalau kau boleh berfikir macam boss, kau akan jadi the next boss. Apa boss nak? Apa boss target? Apa impian boss? Apa cita-cita boss? Misi visi boss? Kalau kau dapat berfikir macam boss, tetapi bekerja macam lebah semua orang akan suka kau. Tiada majikan yang tak suka pekerja dia rajin, ringan tulang.

Rule no 5 : Jangan pandang rendah dekat majikan kau.

Ada sebab dia berjaya jadi boss. Ada sebab dia mampu bina syarikat. Mungkin kau nampak boss kau cam rilex-rilex, cam bangang kadang-kadang. Tapi, selagi dia bayar gaji kau elok, dia adalah boss kau yang kau tak patut pandang rendah.

Rule no 6 : Boss kau bukan alien.

Kau boleh ajak dia berbincang. Ajak dia bersembang jika kau rasa perlu. Boss kau adalah nakhoda kapal yang kau sedang berlayar bersama dia. Pasti dia pun nak yang terbaik untuk perlayaran dia, anak-anak kapal dia dan visi dia. Jangan takut, boss kau pun makan nasi.

Rule no 7 : Jangan percaya ajaran-ajaran songsang boss takda pekerja. Itu semua delusional.

Kalau kau percaya dengan teory work-life balance versi loser, off handphone versi boss takda pekerja. Kau akan jadi pekerja yang gagal. Even kalau kau jadi boss pun, kau akan jadi boss yang gagal. Percayalah.

Pekerja yang hebat, akan jadi boss yang hebat. Nak jadi boss yang hebat, kena jadi pekerja yang hebat dulu. Fahamkan 7 rules di atas.

Kuliah Dhuha,
Tan Sri Dato Seri Prof. Dr. Ir. Ts. Hj. T. Challa (IFP) (Msta) (MBA) (MDRT)

https://www.facebook.com/aliff.ahmad.754/posts/293149978618855?__tn__=K-R

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.