“PEOPLE WHO KNOW, THEY WON’T TALK. PEOPLE WHO DO NOT KNOW, THEY WILL TALK.”

Inilah kata-kata guru kami yang mulia. Dia hidup dengan trading sahaja selama ini. Tak buka kelas, tak tulis ebook.

Income dia menyara 8 orang anak, tinggal di Saudi selama 6 tahun untuk teruskan research. Semuanya dari hasil trading.

Aku pernah tanya, kenapa taknak ajar? Bukankah ia baik untuk ummah?

Jawapannya mudah,

“Kesan theory of probability.”

Ya, orang statistic pasti faham tentang ini. Para pentaksub guru-guru saham akan cuba buat-buat tak faham.

Sesuatu system dan strategy takkan menjadi apabila ia telah digunakan semua orang. Apabila semua orang nak sell, siapa nak buy? Apabila semua orang nak buy, siapa nak sell?

Sebab itu dalam dunia trading, untuk kau buat untung, WAJIB ada yang rugi. Dalam beberapa kajian yang ditulis oleh beberapa researcher, 90% orang yang trading, rugi. Hanya 10% sahaja untung.

Dalam 10% yang untung itu. 90% adalah institutional. 10% sahaja retail. Nak masuk dalam kumpulan 10% dari 10% adalah dengan kau menjadi the random one. Benda tak mustahil.

Telah wujud ramai market wizard di dunia ini. Ramai pun tak ramai sangatlah. Mereka enjoy life mereka di atas yatch, dalam suite, jalan-jalan around the world. Mereka tak pernah buka secret dia. Trading secret adalah IP mereka. Machine duit mereka. Mereka tak perlu nak buktikan apa-apa, mereka bukan nak ambil duit kau buat kelas.

Sebab itu tiada mana-mana guru saham dalam dan luar negara berani tunjuk trading history/record PnL mereka. Sebab mereka sebenarnya tidak buat duit dengan trading. Mereka buat duit dengan kelas sahaja.

Kalau mereka tunjuk, mereka akan dipanggil scammer. Haha! Sebab apa? Sebab mereka sendiri trade by luck sahaja. Bukan system yang dia ajar tu buat duit.

Korang beli buku ni, bacalah.

Semoga korang yang masih in-denial diberikan hidayah..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.