Bila aku tulis pasal Fashion Valet, laju je sorang budak Patriot nak defend. Macam-macam la dia pusing, nak expansion-lah, tak baca laporan kewangan penuhlah. Tak faham business-lah. Tapi dia sendiri tu business apa? Makan gaji je walhal. Ceh!
Bila #JusticeForBella kami perjuangkan, dia pun nak enterframe, konon subjudice-lah, biar mahkamah decide, jangan ganggu siasatan. Sembang macam dia pula yang melalui perjuangan kami yang hadap pihak siasatan, pendakwaan dan autoriti yang menjengkelkan. Macamlah segala kes jenayah itu selalu ideal macam dalam drama Spektra TV2.
Bila aku menulis pasal business, aku ialah business owner yang telah melalui segala fasa hidup dan mati, bala dan gila dalam business. Bila aku menulis tentang perjuangan sosial dan masyarakat, aku ialah aktivis yang telah naik turun balai, disoal siasat, disaman dan menyaman. Diugut dan diancam.
Aku bukan keyboard warrior macam salah seorang penulis buku ini. Gebang pumpang-pumpang business apa dia ada? Gebang babi terbang, entah pernah duduk dalam kamar mahkamah ke tidak. Lebih memualkan apabila hanya berani menyorok di sebalik topeng adiwira barat. Pengecut.
Hari ini, sahabat dan rakan penulisnya ada buat masalah. Rasanya kalau ikut teori dia, dia patut boleh dapat data dan fakta yang sahih atau mengampiri kebenaran jika nak ulas. Tapi aku percaya dia takkan ulas, sebab dia hanyalah seorang keyboard warrior dan penjilat itik.
Penulis yang menulis untuk populariti biasanya akan menulis untuk tunjuk pandai, troll orang dan menyedapkan halwa telinga pengikutnya sahaja. Jangan haraplah diorang nak berjuang level ambil risiko kena naik turun court dan saman menyaman. Sembang kari syok sendiri bolehlah. Ini pula rakan sepenulis yang buat hal mesti dia sunyi sepi sendu di tasuk Pedu.
Ya, aku faham. Bukan semua orang sama. Bukan semua orang kena sama. Bukan semua orang macam aku dan kena jadi macam aku. Maka, tak payah poyo-poyolah nak against aku apabila aku mengeluarkan pandangan, sebab dia pun tak baca penuh dan taktau penuh apa yang aku tau.
Tapi, kawan baik ni mesti dia tahu, dia boleh korek fakta dan data. Tapi kita tunggu dan lihat..